Tuesday, 23 July 2013

sunyi ke rindu?



Nak lagi feel baca entry ni, sila dengar lagu ni sambil baca.



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Macam mana boleh timbul perasaan sayang pada orang yang kita tak pernah kenal sebelum ni?
Sebab dia buat baik kat kita.
Habis kalau lepas dia buat baik, dia buat jahat kat kita, kita kena benci dia lah?

#deep
            Dah 2013 dah. Aku dah boleh move on. Dah ada crush baru. Dah boleh rasa balik macam mana rasanya jadi perempuan yang bila nampak crush dia lalu sibuk nak betulkan tudung. Dah boleh senyum sorang2 kalau dapat unexpected text. (LOL)

            Tapi recently, aku tak tahu sebab aku sunyi atau aku rindu atau aku saja nak bakar balik cerita lama yang dah habis terpadam. Bila duduk layan cerita kat tv. Bila tengah lipat selimut lepas bangun tidur. Bila tengah basuh pinggan lepas habis sahur.

Aku terfikir
.
.
.
.
.
.
.

Agaknya ada tak sesaat je dalam hidup dia, dia terfikir “Bekas kekasih aku tu sihat tak?”
            Agaknya ada tak? Aku tak ada jawapan sebab aku bukan dia. Dan aku tahu korang pun tak ada jawapan sebab tak ada lagi orang yang boleh baca fikiran orang. Hanya dia yang ada jawapannya dan aku tak rasa pulak yang aku akan tanya dia.

            Move on lah. Move on! Kalau cakap sesenang tulis agak-agak ada tak orang yang nak terjun bangunan sebab putus cinta?

            Lastly, terimalah quote yang dipetik daripada twitter “Cinta itu macam lipas yang dipijak. Ingatkan dah mati tapi rupanya hidup lagi.”


p/s: kejarlah cita-cita awak dan saya tak berharap yang awak akan balik ke saya lagi. Cukuplah tahu awak dah bahagia, ianya akan buatkan saya bahagia juga  :)

           


Saturday, 15 June 2013

random

I know you've never loved
The sound of your voice on tape
You never want
To know how much you weigh
You still have to squeeze into your jeans
But you're perfect to me 

One Direction- Little Things

Tuesday, 23 April 2013

Bulan

Setiap hari, kelas aku pukul 8 pagi. Setiap hari aku akan mengalami morning sickness (baca: mengantuk). Tapi yang paling teruk ialah hari Rabu sebab pagi tu kelas Fizik.

Dalam kelas Fizik, pukul 8 sampai sembilan masih lagi dalam posisi pelajar cemerlang. Dah masuk 9.30, aku mula menguap seperti tiada esok. Sampai keluar air mata. Aku tak tahulah sama ada sebab aku lapar, mengantuk, bosan ataupun sedih sebab tak faham apa yang lecture ajar kat depan.

Intro haruslah menyimpang 270 darjah dari tajuk di atas. Heeee



Tadi, lecture aku ajar pasal Theory of Relativity. Intro dia lebih kurang macam ni:

"Pernah tak, masa kecik2 dulu, bila awak naik kereta pada waktu malam, awak ingat bulan tu ikut awak?"

Aku pun dalam hati terdetik:

"A'ah la. Masa comel kecik2 dulu selalu je excited ingat bulan tu ikut kereta sekali. Lepas tu bising beri tahu adik2 yang bulan tu ikut kereta yang abah bawak. Lepas tu adik2 pun tumpang excited sekali. Lepas tu kena marah sebab bising dalam kereta"

Lepas dengar explaination lecture tadi, aku dah mula dapat gambaran apa yang aku nak jawab kat anak aku nanti kalau dia excited tengok bulan ikut kereta.

Situasi:

Boy: Ummi ummi oppss mummy mummy, kenapa bulan tu ikut kereta.

Me: *saling berpandangan dengan suami sambil tersenyum* bukanlah sayang. Bulan tu bukan ikut kita sebenarnya. Dalam theory of relativity, kita ada belajar pasal Length contraction: Objects are measured to be shortened in the direction that they are moving with respect to the observer.

Boy: Apa tu? Abang tak faham lah.

Encik suami: Isshh awak ni pun, budak tu baru lima tahun. Mana nak faham teori ni semua.

Boy: *buat muka blur*

Encik suami: *pandang cermin pandang belakang* nanti abang belajar nanti abang faham lah. Tapi sekarang ni daddy nak abang taw yang begitulah hebatnya kebesaran ALLAH.

Boy: Terima kasih mummy, daddy.

CUT OFF

Sempat buat drama pendek pasal keluarga bahagia pulak. Haha. Got to go now sebab nak siapkan lab report fizik. aaaaaaaa.


gamble


Falling in love is just like gambling.
If you win, you can have his heart.
If you lose, you will lose your heart.

It's not that I don't want to gamble
But I have nothing to lose anymore if lose the gamble.

Stop falling in love.

Stop falling in love.

Stop falling in love.

Sincerely,
My heart

Friday, 12 April 2013

entry promote lagu.



One fine day, aku sembang dengan seorang kawan ni. Kawan lama yang dulunya naik muak aku jumpa dia hari-hari tetapi sekarang ni aku mengaku yang aku rindu nak jumpa dia. HAHA.
Maka berlakulah conversation seperti yang di bawah.

Him: Apa cerita crush kau sekarang?
Me: Kenapa kau nak tahu?
Him: Yelah. Pelik kalau fatin arina tak der crush *emotikon senyum keluar lidah

Hahaha. Yer yer. Dulu aku mengaku, zaman pra kematangan memang aku selalu perlukan seseorang di sisi aku. Sekarang pun. Tapi aku macam malas nak fikir la benda-benda macam ni. 

Konklusinya, crush hanya akan membuatkan hati anda remuk. Percayalah

p/s: aku saja je nak promote lagu ni sebenarnya. Best! *untuk awak yang selalu buat saya sakit jantung* 

 

Friday, 1 March 2013

IRONI




BAB 1 
            Sera menyusun radas yang digunakannya sewaktu melakukan ujikaji kimia tadi. Peralatan tersebut dibersihkan terlebih dahulu sebelum dikeringkan lalu disimpan di dalam loker.
            “Sera,”sapa Reezuan yang tiba-tiba sahaja datang mendekat. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Sera.
            “Ya, ada apa?” Sera masih tidak berhenti daripada melakukan tugasannya.
            “Buku kimia yang tebal tu awak beli kat mana?”
            “Kedai buku lah,”
            “Tak jumpa pun saya cari,” Angkat muka. 
            “Semua kedai ada lah,” bersungguh Sera meyakinkan. Reezuan angkat bahu.
            “Awak beli kat mana?” kali kedua soalan itu dilontarkan.
            “MPH kat Mid..”
            “Weekend ni boleh tunjukkan pada saya tak?”
            “Semua kedai ada lah!” Kali ini lebih tinggi. Reezuan mengukirkan senyuman.
            “Saya dah cari 5,6 buah kedai buku tapi tak jumpa jugak. Ingat tak prof cakap yang kalau seorang je yang tak ada buku tu, satu kelas kena denda nanti?”
            Sera angguk. Mukanya tampak bosan.
            “Saya mintak sekejap je masa awak hari Sabtu ni, demi kebaikan manusia sejagat. Boleh?”
            “Kenapa mesti ajak saya?”
            “Kenapa tak boleh ajak awak?”
            Sesi soalan berbalas soalan tanpa jawapan itu terhenti apabila pelajar-pelajar mulai keluar dari makmal.
            “Jom balik,” selamba Reezuan mengajak sambil mempamerkan senyuman. Senyuman yang bisa membuatkan wanita normal cair melihatnya tetapi tidak si hati batu Sera. Sudah 3 tahun mereka sekelas tetapi gadis itu dilihat sering berada dalam dunianya yang tersendiri sahaja.
            Mereka berjalan beriringan keluar dari makmal. Lab coat yang dipakai tadi dilipat lalu diletakkan di atas tangan.
            “Awak nak makan apa ni?”
            “Saya tak cakap pun saya nak makan,”
            “Kalau dah jalan ikut sini, memang terus sampai kafe la kan,” namun kata-kata Reezuan hanya seperti angin lalu apabila Sera menghentikan langkahnya. Gadis itu lebih berminat melihat iklan yang ditampal di papan kenyataan berbanding melayan lelaki di sebelahnya.
            “Awak nak cari rumah sewa ke?” soal Reezuan apabila melihat kertas iklan yang ditenung oleh Sera. Sera mengangguk perlahan.
            “Saya tahu satu tempat ni. Tak jauh dari kolej kita ni. Penyewa dia perempuan, kerja kat kedai buku. Dia nak cari seorang lagi housemate,” Sera bekalih pandang ke arah Reezuan.
            “Kalau awak nak tengok sekarang pun boleh. Kejap saya call, tanya dia ada kat rumah ke tak,” lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit lalu berjalan dua tiga langkah menjauhi Sera.
            Selepas beberapa minit, Reezuan tersenyum sambil menganggukkan kepalanya kepada Sera.
            “Perempuan tu kawan awak ke?” soal Sera.
            “Kalau awak nak anggap macam tu pun boleh. Jom. Ikut kereta saya dari belakang tau. Nanti sesat pulak,” Sera tergamam seketika.
            “My typical Sera, always clueless in direction. Sebab tu lah saya kena ada untuk jaga awak,”
            “Sera?” Sera kembali tersedar apabila Reezuan menyebut namanya.
            “Sempat lagi berangan,” Reezuan tertawa kecil. Sera tersenyum tawar. Setawar hatinya sekarang. Mungkin hatinya lebih tawar daripada apa yang dipamerkannya.

***
            Pintu rumah dibuka sebaik sahaja Reezuan melafazkan salam. Seorang perempuan berambut pendek memakai t shirt lelaki berdiri di hadapan pintu.
            “Reez! Masuklah. Ni ke kawan awak tu?” soal Najwa riang.
            “Ya. Dialah yang nak tengok rumah ni. Sera, ni Najwa,” Reezuan bertindak sebagai 
pengantara di antara mereka berdua. Sera memaniskan roman wajahnya. Najwa menjauhkan diri, memberi ruang kepada Reezuan dan Sera untuk masuk ke dalam.
            “Mesti nama awak Syahira kan? Lepas tu kawan-kawan panggil Sera?” teka Najwa.
            “Tak. Nama saya memang Sera,” balas Sera. Matanya melilau melihat sekeliling.
            “Bilik sebelah kanan tu yang kosong,” tunjuk Reezuan.
            “Kenapa awak pulak yang lebih tahu pasal rumah ni?” pandangan Sera jatuh kepada Reezuan.
            “Laa, awak tak cakap kat Sera ke?”
            “Cakap apa?”
            “Mama Reez la tuan punya rumah ni. Saya sewa dari dia lah. Dah, jom saya tunjukkan bilik tu,” Najwa menarik tangan Sera. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Reezuan turut mengikut dari belakang.
            Bilik tersebut mempunyai kelengkapan yang cukup untuk seorang wanita bujang. Ada katil, almari dan sebuah meja solek. Mereka berdua memberi masa kepada Sera untuk melihat keadaan bilik itu.
            “Girlfriend awak eh?” bisik Najwa perlahan.
            “Taklah. Kawan sekelas je,”
            “Yelah tu,” Najwa tergelak kecil.
            “Najwa,” ketawa Najwa terhenti apabila Sera memanggilnya.
            “Panggi je Ju. Semua kawan-kawan saya panggil macam tu,” Sera mengangguk.
            “Macam mana jadi tak?” soal Reezuan pula.
            “Ok je. Tapi..”
            “Tapi apa?” soal Reezuan dan Najwa hampir serentak.
            “Tapi, Ju tak kisah ke saya tinggal kat sini?” Najwa tergelak mendengarkan soalan itu.
            “Kenapa pulak tak boleh?”
            “Yelah. Kita kan tak kenal lagi satu sama lain,”
            Najwa berjalan menghampiri Sera. Dia memegang tangan gadis itu.
            “Kita akan ada banyak masa untuk buat semua tu lepas Sera pindah ke sini,” kedua-dua gadis itu tersenyum.

***
            Najwa menguap berkali-kali. Entah kenapa, malam ini kepalanya terasa berat. Mengantuknya lebih daripada biasa walaupun waktu baru sahaja menginjak ke jam 10 malam.
            “Woi!” Nazril tiba-tiba mengetuk kaunter. Najwa yang berdiri di belakang kaunter tersentak.
            “Kau ni kenapa?” marah Najwa. Nazril tersengih.
            “Kau buat apa harini? Gotong-royong perdana kat kawasan perumahan ke?” Nazril menarik kerusi. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan kaunter. Kedai buku itu ditutup pada jam 10.30 malam. Tetapi biasanya pada jam 10, kawasan itu sudah mulai lengang, hanya tinggal para pekerja yang berbual sesama mereka menantikan kedai tutup.
            “Taklah. Aku pun tak tahu kenapa. Penat kot harini,” balas Najwa.
            “Kalau malas, cakaplah malas,”
            “Weh! Kerja kau kat belakang tu dah habis ke? Sibuk mengacau orang pulak,” marah Najwa.
            “Dah habis dah. Lemas la duk kat belakang tu. Kalau duk kat pintu depan ni boleh la tengok orang sikit. Mana tahu ada awek lawa masuk ke,”
“Tak habis-habis,” Najwa menggelengkan kepalanya.
“Jealous ke?” Nazril tersengih.
“Aku lebih rela bos tak bayar gaji aku 3 bulan daripada jealous sebab kau. Kirim salam!”
“Marah tandanya sayang,”
“Marah tanda annoying pun boleh. Nampak la failed sains sosial,”
“Korang berdua ni tak habis-habis bergaduh. Kahwin nanti baru tau,” sampuk Saiful yang tiba-tiba muncul.
“Tak kahwin sampai ke tua pun aku rela la,” serentak Nazril dan Najwa bersuara.
“Kau ni nak pergi mana?” soal Nazril pula apabila melihat Saiful memegang helmetnya.
“Balik la. Dah pukul 10.30 ni,” Najwa melihat jam di pergelangan tangannya. Waktu sudah mula melebihi 10.30 malam.
 
“Aku nak buang sampah kejap. Nanti kau suruh Ainul kunci pintu tau,” Najwa bangun lalu menuju ke belakang. Kepalanya terasa berat namun dicapai helmet dan begnya serta plastic sampah yang berisi kertas.
Semua pekerja sudah mula bersiap untuk balik. Najwa berdiri di hadapan jalan. Bersedia untuk menyeberangi jalan. Kepalanya terasa semakin berat. Matanya sudah mulai berair menahan kantuk.
Selepas dipastikan tiada sebarang kenderaan, Najwa melangkahkan kakinya untuk menyeberangi jalan. Serentak dengan itu, bunyi hon kereta tiba-tiba sahaja membingit. Cahaya lampu yang datang dari arah kanannya membuatkan matanya silau. Kereta tersebut bergerak laju menuju ke arahnya.
“Najwa!” terasa tangannya ditarik kuat. Kepalanya jatuh di atas dada lelaki itu. Seperti terkena kejutan elektrik, rasa mengantuknya tadi hilang serta-merta.
“Lain kali nak lintas tu, tengoklah kiri kanan dulu,” Nazril melepaskan pegangannya.
“Aku rasa dah tak ada kereta tadi,”
“Kau dah mamai ni. Bahaya naik motor sorang-sorang ni. Aku hantar,” tegas Nazril menyatakan keputusan.
“Tak pe lah. Dah hilang dah mengantuk ni. Rumah kau kan bertentangan arah dengan aku,”
“Dekat je kan rumah kau,”
“Aku duk sorang je. Tak elok la,”
“Bukan aku nak masuk rumah kau pun. Ju, jangan degil boleh tak?” lembut suara Nazril menyapa telinga Najwa.
“Ye lah ye lah. Tak payah nak buat suara bajet caring macam tu la,”
“Bukan apa. Kalau kau tak der, siapa nak belanja aku makan,” Nazril tergelak. Najwa tarik muka.