Showing posts with label wish u know. Show all posts
Showing posts with label wish u know. Show all posts

Tuesday, 23 July 2013

sunyi ke rindu?



Nak lagi feel baca entry ni, sila dengar lagu ni sambil baca.



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Macam mana boleh timbul perasaan sayang pada orang yang kita tak pernah kenal sebelum ni?
Sebab dia buat baik kat kita.
Habis kalau lepas dia buat baik, dia buat jahat kat kita, kita kena benci dia lah?

#deep
            Dah 2013 dah. Aku dah boleh move on. Dah ada crush baru. Dah boleh rasa balik macam mana rasanya jadi perempuan yang bila nampak crush dia lalu sibuk nak betulkan tudung. Dah boleh senyum sorang2 kalau dapat unexpected text. (LOL)

            Tapi recently, aku tak tahu sebab aku sunyi atau aku rindu atau aku saja nak bakar balik cerita lama yang dah habis terpadam. Bila duduk layan cerita kat tv. Bila tengah lipat selimut lepas bangun tidur. Bila tengah basuh pinggan lepas habis sahur.

Aku terfikir
.
.
.
.
.
.
.

Agaknya ada tak sesaat je dalam hidup dia, dia terfikir “Bekas kekasih aku tu sihat tak?”
            Agaknya ada tak? Aku tak ada jawapan sebab aku bukan dia. Dan aku tahu korang pun tak ada jawapan sebab tak ada lagi orang yang boleh baca fikiran orang. Hanya dia yang ada jawapannya dan aku tak rasa pulak yang aku akan tanya dia.

            Move on lah. Move on! Kalau cakap sesenang tulis agak-agak ada tak orang yang nak terjun bangunan sebab putus cinta?

            Lastly, terimalah quote yang dipetik daripada twitter “Cinta itu macam lipas yang dipijak. Ingatkan dah mati tapi rupanya hidup lagi.”


p/s: kejarlah cita-cita awak dan saya tak berharap yang awak akan balik ke saya lagi. Cukuplah tahu awak dah bahagia, ianya akan buatkan saya bahagia juga  :)

           


Saturday, 15 June 2013

random

I know you've never loved
The sound of your voice on tape
You never want
To know how much you weigh
You still have to squeeze into your jeans
But you're perfect to me 

One Direction- Little Things

Tuesday, 23 April 2013

gamble


Falling in love is just like gambling.
If you win, you can have his heart.
If you lose, you will lose your heart.

It's not that I don't want to gamble
But I have nothing to lose anymore if lose the gamble.

Stop falling in love.

Stop falling in love.

Stop falling in love.

Sincerely,
My heart

Friday, 19 October 2012

love is cute



Love is cute when it is true...

When she walks for miles to see you.

When she says “sorry” even though she didn't do anything wrong.


When she cries because she still loves and misses you.

When she still tries to get you back.


When she no matter how much you have hurt her still loves you.

When she stops her argument with you to save your relationship.

When she continuously makes you feel special and tries to make you happy.

When she is upset but does not tell you as she thinks she is annoying you.

When she wants to leave you because of your rude behavior but she is not able to do so.

Monday, 15 October 2012

heee!

 
"....nok cari hok laen hok lebih molek blana jah. Tapi kalu nok tukar ganti nga demo sore, maaf, ambo toksei, tok pade..."

translate: Nak cari yang lain yang lebih baik, memang banyak. Tapi nak tukar ganti dengan awak seorang, maaf saya tak nak,tak berbaloi.

Monday, 8 October 2012

infinity


Setakat ni, ada dua benda je yang boleh buat aku stress, naik marah, menangis, kecewa, sakit hati dan gembira.

TUPPERWARE dan KALKULUS.

Wednesday, 26 September 2012

tapi

aku pergi sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5.
aku belajar Inggeris dari darjah 1 sampai tingkatan 5


TAPI


dalam banyak2 perkataan yang aku belajar
ni je yang aku nak tulis


I MISS YOU

#sigh

Friday, 21 September 2012

pity

It's ok to be pity by people, but don't let yourself to be pathetic.

Tuesday, 18 September 2012

mistake

nampak tak kedegilan di situ? mohon slap diri sendiri. heee~

Saturday, 15 September 2012

Tuesday, 14 August 2012

Saturday, 11 August 2012

ouch!

Habis, kau fikir perasaan kau je yang sayangkan dia?  Pernah tak kau fikirkan perasaan dia yang dah tak suka kat kau lagi?

I don't know


Hye there encik bloggy yang setia mendengar aku. Heheh.
Lama sangat x update sampai dah berhabuk blog ni( ayat tipical kalau dah lama x menulis). Since we are in fasting month, aku nak ucapkan selamat berpuasa. Taw, taw, lagi 8 hari kita akan beraya, sepatutnya aku cakap selamat membuat persiapan hari raya lah kan? Huhu.
Actually aku nak tulis benda lain tadi tapi bila aku bukak fb ada something yang distract aku. Sumpah aku memang mudah terganggu kalau benda tu berkaitan dengan orang tu. Haha. Automatik je aku jadi super duper extra sensitive. * sigh*
Macam banyak yang aku nak cerita tapi x boleh tulis hokkay. Dah xder mood dah. Mood nak makan orang je ada ni. Lastly saying “Lantak kau la!”. Tutup lappy and go to sleep. Habiskan masa aku je nak piker benda2 macam gitu. Sudahla kan?

Wednesday, 4 July 2012

silent entry #2


cari perkataan


Masih belum terlambat untuk aku ucap, Selamat Datang Bulan Julai !

                Blog dah lama tak update, nak cakap sibuk buat dengan menulis cerita tak jugak. Sampai sekarang tak bergerak-gerak. Sebabnya idea aku hilang melayang entah ke mana.
                Entri ni adalah entri sedih. Aku malas nak cerita dekat kawan2 aku, so aku tulis dalam blog je lah. Sebab aku tahu,kalau aku cerita mesti diorang akan marah aku balik. Biarlah aku sedih sorang2 daripada hilang kawan. Aku jugak yang cari pasal dulu.
                Semalam ada kawan aku ajak pergi satu tempat ni. Aku memang dah excited sebab dulu aku memang nak sangat pergi sana dan jumpa dengan seseorang ni. Tapi masa tu aku rasa harapan aku tu tinggal harapan je la. Macam impian yang tak mungkin tercapai.
                Yang paling best nya, orang tu pun dah on nak jumpa dengan aku. Tapi tiba2 kawan aku cancel pulak. Aku sedih sebab banyak benda. Aku sedih sebab aku memang dah lama nak jumpa dia. Aku sedih sebab aku memang rindu sangat kat dia. Aku sedih sebab aku tahu yang dia pun nak jumpa aku jugak.
                Aku sedih sebab aku sedih. Aku sedih sebab aku tak jumpa sebab untuk gembira. Tapi aku tak adalah nak salahkan kawan aku tu. Aku sedih sebab aku tak mampu nak buat benda tu seorang diri. Aku sedih sebab aku tak tahu macam mana nak dapatkan apa yang aku nak.
                Konklusinya aku sedih. Aku sangat sangat sangat sangat berharap nak jumpa dia sebelum sambung balik study. Ataupun kalau nak demand lagi, nak sambut birthday dengan dia tahun ni. Haha. Mengada-ngada betul. Sebabnya tahun ni dah last birthday dalam umur belas.
                Aku sedih sebab aku tak boleh nak bagi tahu dia semua ni. Aku sedih sebab aku nak dia tahu. Tapi aku tahu yang aku tak akan pernah mengatakan kepadanya semua benda ni. Aku sedih sebab semua benda ni aku simpan sendiri dan harap dia akan tahu. Aku sedih sebab aku tahu yang dia tak akan pernah tahu semua ni.
                Banyaknya perkataan aku sedih. Heee. Dahla, aku betul2 sedih ni. Tak de mood nak tulis Haha ke apa. Bye.