Showing posts with label girl. Show all posts
Showing posts with label girl. Show all posts

Friday, 14 December 2012

Hujan....




Aku melepaskan sebuah keluhan. Akhirnya, Berjaya jugak aku dapatkan tempat duduk di dalam bas ni. Hujan menyebabkan manusia terpaksa bersaing sesama sendiri tanpa mengira saiz atau jantina. Bukan bermaksud pentingkan diri sendiri, tetapi lebih kepada menuntut hak masing-masing.

            Mungkin pada perempuan, lelaki yang tidak memberi laluan kepada perempuan untuk menaiki bas adalah lelaki yang tidak gentleman. Para lelaki juga ada hujah mereka tersendiri. Jika sentiasa mahu memberi kepada perempuan, entah bila la giliran mereka akan tiba memandangkan mereka hanyalah golongan minority di sini.

            Mungkin inilah yang berada dalam fikiran mereka. Mungkin. Aku hanya meneka. Aku hanya manusia biasa yang tidak bisa menembusi akal fikiran siapa siapa. Pokoknya, aku tidak mahu bias tentang gender. Kita hidup di dalam dunia yang sentiasa bersaing, berlarilah untuk kekal pantas.

            Panjang aku mengelamun. Bas sudah pun melewati dua buah fakulti. Sebuah fakulti lagi dan destinasi yang aku tunggu bakal tiba sebentar lagi. Aku merenung ke luar tingkap, seperti biasa, berkerumunan manusia di hadapan pintu bas, merebut tempat supaya dapat segera pulang.

            Dalam keriuhan ramai, ada seseorang tiba-tiba menarik diri dari kelompok itu. Lelaki itu berundur dua tiga tapak ke belakang. Mengeluh perlahan lalu berjalan masuk ke tempat perhentian bas semula.

            “Comel…..nya,” aku terkaku. Entah kenapa, gelagat si baju hitam itu menarik perhatian aku. Muka orang yang dalam kehampaan pun boleh menarik minat aku. Pelik. Sangat pelik. Seketika, dia mengalihkan pandangannya ke atas, melihat ke arah penumpang di dalam bas. Senyum. Dia senyum. Untuk aku ke? Arghhhh. Berhenti berangan. Layangan senyuman itu untuk lelaki yang berada belakang aku lah. Atau mungkin juga dia senyum sebab dia tahu dia sedang diperhatikan. Jadi lebih baik aku alihkan pandangan ke hadapan sebelum dia mula berfikir yang bukan-bukan.

            “Hana, kau ingat lagi tak budak yang aku cerita tu?” soalku sambil tersenyum. Hana yang sedang melipat kain berpaling ke arah aku dengan ekspresi muka yang berkerut.

            “Yang mana? Ramai sangat la kau cerita?”

            “Yang aku Nampak kat bus stop fakulti engineering hari tu,”
 
            “Yang pakai key chain angry bird ke? Ke yang rambut curly tu?” 

            Aku menarik nafas panjang mendengar tekaan Hana. Ramai sangat ke lelaki yang pernah aku ceritakan kepada dia?

            “Bukan. Yang buat muka hampa sebab tak dapat naik bas haritu,”

            “Oooo. Yang dia senyum kat kau tu ke?” Hana meletakkan kain yang sedang dipegangnya lalu datang menghampiriku.   
     
            “Kau ingat?”

            “Mana tak ingatnya. Malam tu kau bukan main bising lagi pasal dia. Seminggu kot kau asyik ulang tayang cerita saya. Astro pun kalah dengan kau,” bidas si kecil molek itu.

            “Aku bukan apa. Teruja gila dengan budak ni. Dengan dia, aku rasa lain la,” aku memejamkan mata.

            “Ye la tu. Hah, kenapa dengan dia?”

            “Harini kan kelas matematik. Aku Nampak dia la. Kat fakulti engineering lagi. Aku syak dia budak engine la,”

            “So?”

            “Aku ingat nak cari dia,” serentak dengan itu, satu pukulan padu tepat mengenai bahuku.

            “Kau tahu dia tahun berapa?”

            Geleng.

            “Kau tahu dia major apa?”

            Geleng.

            “Kau tahu dia duduk kat kolej berapa?”

            Sekali lagi geleng. Hana menepuk dahinya.

            “Kau tahu budak engine ada berapa ramai?”

            Juga geleng.

            “Satu fakulti engineering ada 500 orang!! Macam mana kau nak cari dia? Nama pun tak tahu.”

            “Usaha tangga….” Belum sempat aku bermadah kata, Hana terlebih dahulu memotong.

            “You know zero about him! Just forget about it,”

            Lupakan. Hana kata lupakan.Tapi……

            Dalam seminggu, aku hanya ada dua kali kelas matematik. Kelas matematik aku dekat fakulti kejuruteraan sebab bilik pensyarah aku kat situ. Jadi, untuk memudahkan kerjanya, kami yang diminta datang ke sana. Dari fakulti kimia, kami terpaksa bergegas menuju ke fakulti kejuruteraan. Kalau berjalan kaki memang boleh mengundang tangisan kerana memakan masa lebih kurang 20 minit dan pensyarah aku tu jenis yang menepati masa. Lewat seminit pun sudah tidak dibenarkan masuk. 

            Hari ini, bas sesak lagi. Ada ke waktu bas tak penah sesak? Eh, hujan ke kat luar? Bila pulak hujan turun ni? Dahla tiba-tiba turun lepas tu lebat. Aku bukan tak suka hujan tapi hari ni aku tak bawa payung. Pagi tadi aku kelam kabut sebab ada lab presentation. Dengan tahap hujan sebegini, memang boleh lencun la. Perlahan, aku mencari kawan-kawan sekelas. Mahu tumpang payung kata kan. Tapi hampa. Ni semua sebab bas sesak sangat. Tak Nampak apa-apa!

            Bas dah berhenti. Nak turun ke tak? Kalau turun mesti basah. Tapi aku dah datang kat tempat ni. Macam tak ada alasan realistic campur logic untuk diberikan kepada pensyarah aku tu. Dengan mengemukakan alasan saya-dah-sampai-tapi-saya-patah-balik-sebab-hujan-lebat-sangat- aku rasa, sampai penghujung semester ni pun dia tak akan bagi aku masuk kelas dia lagi.

            Apa boleh buat, terpaksalah turun. Sebaik sahaja kaki kanan ku mulai memijak jalan tar, aku memejamkan mata, bersedia menerima tujahan hujan di atas kepala. Ehhh, kenapa tak rasa basah? Takkan hujan dah berhenti. Aku mendongak ke atas. Sejak bila pulak langit dah bertukar jadi warna putih? Siap ada tulisan lagi. Pantas aku berpusing.

            Lelaki itu. Lelaki yang comel apabila membuat muka hampa! Lelaki yang Hana kata mustahil untuk aku cari. Dia berdiri di belakang ku, memegang payung sekaligus memayungi aku. Aku terkaku. Kalau ini mimpi, tolonglah jangan terjaga lagi.

            “Awak, cepat sikit jalan. Orang lain nak keluar,” kata-katanya menggembirakan aku, kerana aku sedar, ini bukan mimpi.

            Aku melangkah. Dia juga melangkah. Kami beriringan beredar dari situ. Tiga langkah, dia berhenti. Apa dia tidak mahu berjalan dengan aku lagi?

            “Awak, kelas saya kat depan tu. Kelas awak jauh lagi kan? Awak ambil la dulu payung ni,”dia menghulurkan payung itu kapadaku.

            “Bila saya nak hantar payung ni kat awak?”hangatnya besi ni. Mungkin aku terpegang tempat yang sama yang dia pegang tadi.

            “Isnin. Awak ada kelas kat sini kan hari Isnin,”

            “Macam…”

            “Saya pergi dulu. Nanti lewat pulak. Jumpa nanti,” katanya lalu berlari meredah hujan. Dekat tapi dia tetap kebasahan. Dan aku juga mula berlari kerana aku baru teringat yang aku akan dikunci di luar kelas jika terlewat tiba nanti!

            Aku berjalan perlahan menghampirinya. Dia sedang berada di bangku sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Sesekali dia tersenyum melihat skrin. Lagaknya seperti seseorang yang dilamun cinta. Adakah dia dah berpunya?

            “Awak, sorry lambat,” kata ku sebaik sahaja aku berdiri di hadapannya.

            “Awak, tak perasan pulak. Tak pe. Saya pun baru je sampai,” dia turut berdiri.

            “Nah payung awak. Terima kasih,” payung bertukar tangan. Tiada lagi urusan antara aku dengannya. Adakah kisah ini akan berakhir di sini?

            “Awak ni sombonglah,” aku mengerutkan muka.

            “Dah dapat payung, langsung tak nak Tanya nama tuannya?” dia tersenyum. 

            “Errr…”aku tak tahu bagaimana untuk bertanya. Sah sahla aku gagal dalam bab berkomukasi dengan jejaka comel sebegini.

            “Nama awak apa?”kenapa dia pulak yang Tanya aku?

            “Hah?”dia tergelak. Dia ni kenapa?

            “Awak ni. Nak harapkan awak Tanya nama saya, memang tak lah kan. Bila saya Tanya nama awak, awak blur pulak,” aku tersenyum. Segannya. 

            “Baiklah. Nama saya Fakri. Saya terpaksalah cakap walaupun awak tak Tanya. Nama awak apa?”

            “Saya…Atilia,” jawabku sepatah.

            “Awak, kelas saya dah nak mula dah. Saya pergi dulu ya?” lancar sahaja mulutku berbicara walaupun hatiku merasakan sesuatu yang bertentangan.

            Dia menganggukkan kepala. Begitu je? Tak mahu halang aku? Mohon pasrah Atilia. Mungkin dia hanya membantu aku atas dasar seorang manusia. Aku mahu melangkah menuju ke kelas. Serentak dengan itu, aku Nampak Rita berjalan membawa buku.

            “Atilia!! Kelas hari ni batal!!” jerit Rita kegirangan.

            “Yes!” aku menggenggam tangan tanpa langsung teringat akan kehadiran Fakri di situ. Aku berpusing ke arahnya. Dia sedang memandangku sambil tersenyum. Muka hampa ke muka senyum? Muka senyum lagi comel kot.

            Aku melangkah mahu pergi mengemaskan barang, mahu pulang dan bercerita kepada Hana tentang Fakri tetapi langkahku terbejat apabila terasa tanganku ditarik.

            “Kan tak ada kelas, awak nak pergi mana?” soal Fakri.

            “Kemas barang. Balik,” kataku luhur. Serentak dengan itu, gerimis mulai menitis perlahan. Fakri menarik tanganku, membawaku berlari, mencari tempat untuk berlindung.

            “Hujan,” katanya dalam kemengahan.

            “Biasalah. Hujung tahun. Memang musim hujan,” balasku sambil menarik tanganku dari pegangannya.

Namun, aku perasaan sesuatu. Genggamannya semakin erat.

            “Sebab hujan lah kita bertemu. Pernah tak awak terfikir, sepanjang waktu kita terserempak, adakah ianya hanya kebetulan?”

            “Mungkin,” kataku keliru.

            “Kali pertama saya Nampak awak ketika awak dalam bas, memandang ke arah saya. Masa tu, jantung saya berdegup. Saya senyum, tapi awak tak balas. Awak pandang depan. Selepas detik itu, saya cari awak. Saya cuba walaupun mustahil. “

            “Awak…apa yang…”

            “Atilia, please. Let me finish this first.” Aku mengangguk perlahan. Dia tersenyum lagi.

            “Saya suka awak Atilia. Lepas saya tahu awak ada kelas kat sini, saya selalu usha awak. Awak je yang tak perasaan. Mungkin bunyinya menakutkan, tapi saya suka awak,”

            Aku terdiam. Tidak tahu hujung punca untuk mencari kata. Dia merenungku, menantikan jawapan. Pada saat ini, aku sangat berharap yang dia dapat membaca fikiran ku. Betapa aku gembira menerima pengakuan sebegitu.

            “Atilia…?”

            “Saya pun rasa… rasa benda yang sama,” 

            Dia tersenyum. Aku pun tersenyum. Hujan turun dengan rancak membasahi bumi. Hujan. Aku suka hujan.
           

           

           
           
           

Wednesday, 26 September 2012

tapi

aku pergi sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5.
aku belajar Inggeris dari darjah 1 sampai tingkatan 5


TAPI


dalam banyak2 perkataan yang aku belajar
ni je yang aku nak tulis


I MISS YOU

#sigh

Tuesday, 18 September 2012

mistake

nampak tak kedegilan di situ? mohon slap diri sendiri. heee~

Sunday, 16 September 2012

1 dan 0



1 dan 0
kalau 1 maknanya arus elektrik bergerak masuk ke dalamnya
kalau 0 maknanya arus elektrik tidak bergerak melaluinya.

Aku di sini bukan untuk mengajar fizik ataupun programming. Hanya teringat kata-kata seorang lecturer semasa di asasi dulu.

"Perempuan. Mereka berdiri di antara 1 dan 0."

Maknanya, mereka tak boleh nak buat keputusan yang tepat untuk sesuatu benda. Contoh kita ambil tipikal perbualan antara gadis remaja.

Girl 1: Jom makan.
Girl 2: Nak, tapi aku dah makan tadi.

ataupun

Girl 3: Kau nak keluar tak weekend ni?
Girl 4: Tak kot. Kalau keluar pun mungkin lewat sikit.

Haha. Nampak tak di situ. Di sebalik jawapan mereka, akan ada sambungan dengan perkara yang bertentangan. Untuk Girl 2 tu, apa salahnya kalau dia cakap terus yang dia dah makan. Dan bagi Girl 4 tu, kenapa dia tak boleh jawab "tak tahu, tak pasti" ataupun sebagainya.

Aku tak tahu orang lain tapi aku memang macam ni. Mungkin tak semua tapi ada yang macam ni.







Saturday, 15 September 2012

Tuesday, 14 August 2012

be happy!


Selamat petang!
Hai hai hai hai. Harini aku rasa macam a bit happy. Sedikit live up ya. Rasanya dah berminggu-minggu tak rasa macam ni. Maybe sebab demam aku dah beransur baik kot. Just tinggal batuk2 sikit je.
                So aku ingat ni adalah random entry jugak sebab aku tak ada apa pun nak cerita. Just nak buat something yang bertajuk, List Down Things That Make You Happy Today.
                Ooo yeah! Here I come! So aku pilih huruf L. This alphabet just come randomly and normally. Hee.
arieL zafriL
                 Ehem. Aku start minat dengan mamat ni lepas tengok cerita 7 Petala Cinta. Sebab dalam citer tu sumpah dia sweet sangat! Oh my. Lepas tu, bila aku tahu dia jadi hero dalam cerita HACKS-Hanya Aku Cinta Kau Seorang, memang beria lah aku nak tengok. Betapa bisingnya aku dalam fb sampai bila citer ni release, ramai kot yang tanya “Kau dah tengok ke?”. Hehe

Tapi harini aku tengok dia dalam citer Cinta Kura-Kura. Tu pun sebab aku baru tahu yang dia berlakon dalam citer tu. Masa awal2 tengok iklan pasal citer ni,aku rasa citer ni macam ntah apa-apa sebab kura-kura boleh bercakap. Ya adik kakak, kura-kura! Tapi tadi aku tengok citer ni best gak. 4 out of 5 la aku bagi. Haha.

Tapi dalam citer ni, dia macam tak cakap banyak sangat. Citer ni macam lagi focus kat Nani. Urmm apa-apa pun, memang sweet part dia nyanyi lagu pencinta terbaik tu. Lagu tu dah lama dah aku hafal. Sejak kawan aku suruh aku dengar dalam perjalanan kitorang balik dari library malam2. Haha. Epic je bunyinya.

Lotion Johnson’s baby warna ungu.

Sebenarnya dah lama aku perasaan yang bilik aku bau wangi walaupun aku tak letak sebarang pewangi dalam tu. Tapi bau tu undefined dan aku tak tahu datangnya dari mana. Perfume ke,deodorant ke, lotion ke, bedak ke. Kesudahannya aku biarkan aje.Yelah,bau wangi. Kalau bau busuk dah lama lah aku selongkar.

Entah kenapa harini aku rasa nak siasat. Lepas beberapa saat aku dapati bau tu datang dari losyen warna ungu aku. Yupp! Terus aku ambil lepas tu aku pakai. Mungkin sebab tu aku rasa happy harini kot. Hohoho.

Haha. Tu je yang aku nak cakap. Aku nak cakap yang aku tak rasa sedih sangat harini walaupun aku merajuk dalam fb. Hahaha. Ok bye.


Wednesday, 4 July 2012

silent entry #2


shhh! #1


CANTIK...!       
                       
                Lydia menatap pantulan wajahnya di cermin. Walau berkali dilihat,langsung tiada bezanya. Dia tetap cantik. Cantik seperti biasa. Bebola matanya yang berwarna hitam tampak galak meliar di setiap penjuru. Terkadang,warna pancainderanya itu sering ditukar ganti kepada warna coklat gelap ataupun hazel. Segalanya mungkin dengan hanya menggunakan kanta sesentuh hasil teknologi terkini.

                Hidungnya terletak elok di wajahnya. Kata orang,tanpa hidung cacatlah wajah. Dia tersenyum. Dia sempurna dari segi itu. Sejenak pandangannya beralih pula ke arah bibirnya. Walaupun bibirnya itu tidak merekah seperti delima,namun bibirnya itu mampu memukau pandangan tiap kali dia mengatur bicara.

                Lydia memiliki kulit yang sedikit kekuningan selayaknya wanita Asia. Namun demikian,pipinya akan tampak kemerah-merahan apabila berada di bawah sinaran matahari. Wajahnya yang licin dan bebas jerawat itu sentiasa dijaga dengan sepenuh hati. Tiada sebarang calar yang dibiarkan berada di situ.

                Dia tersenyum puas. Segala-galanya yang ada di wajahnya amat sempurna di matanya. Dan juga di mata setiap manusia yang memandangnya. Mereka akan terhenti sejenak untuk menatapnya lantas tercetuslah kekaguman secara lisan atau hanya di dalam hati.

                “Aku memang cantik,”perlahan dia memusingkan badannya membelakangi cermin. Rambutnya yang ikal beralun terhayun lembut mengikut rentak badannya. Semerta mukanya berubah riak. Pada malam inilah,setahun yang lalu lelaki itu telah mencetuskan kecelakaan di dalam hidupnya.Titik permulaan yang mencetuskan huru-hara.

                Dia masih ingat,malam itu dia dan teman sepejabatnya Sheila menghadiri majlis ulang tahun perkahwinan majikan mereka. Majlis tersebut diadakan di banglo mewah milik lelaki tersebut,dihadapan kolam renang. Lydia sedang duduk berseorangan di situ tatkala seorang lelaki datang menyapa.

                “Excuse me. You ni model ke?” Lydia tersenyum mendengarkan pertanyaan tersebut. Namun,dia hanya menggeleng lembut.

                “Stewardess?”lelaki itu lagi. Lydia mengangkat kening kehairanan. Bukan seorang dua yang pernah menyangka dia seorang peragawati,jadi soalan tersebut sudah biasa baginya. Berlainan pula dengan lelaki itu yang mengatakan dia seorang pramugari.

                “Semua bukan. I kerja dengan Encik Halim,bahagian finance,” Tanpa dipinta,lelaki tersebut duduk di sebelahnya,di pinggir kolam renang.

               



“Tak patut betul papa letak gadis cantik macam you ni kerja kat bahagian pentadbiran.  You patut jadi model tau,” lelaki itu menggelang kesal.

“Orang cantik macam I ni memang untuk dijadikan tontonan ke?” soal Lydia sinis.
               
Lelaki itu tertawa kecil menyedari ketelanjurannya,” Tak. Maksud I bukan macam tu I.”

Mereka terdiam seketika. Lydia menumpukan pandangannya ke arah tetamu yang hadir. Mereka semua sedang bergembira menikmati majlis tersebut. Tetapi tidak baginya. Dia rimas apabila berada di tempat umum di mana kejelitaannya menjadi tontonan. Dia rimas dengan mata-mata gatal yang memandangnya. Dia sesak!

“I tak kisahlah I ni orang yang ke berapa cakap benda ni. Tapi I nak you tahu yang you memang cantik. Gorgeous!” lelaki di sebelahnya menyambung bicara.

“Thanks. I tahu I cantik,”balas Lydia bersahaja. Lelaki itu tersenyum. Mungkin tidak menjangka akan mendapat respon yang sedemikian. Jarang benar orang mengakui tentang kelebihan mereka. Gadis ini memang berani,desis hatinya.

“Reza,” lelaki itu menghulurkan tangannya. Lydia memandangnya lalu tersenyum sinis. Gelas kaca yang berada di tangan kanannya masih belum dilepaskan dari genggaman.

“Lydia,” sambutnya tanpa menyambut huluran tanda persahabatan daripada lelaki di sebelahnya itu. Reza tertawa kecil. Respon gadis itu sememangnya sudah dijangkakan berdasarkan sikap dingin yang dipertontonkan pada awal perbualan lagi.

“I rasa I dah jatuh cinta dengan you,” kata-kata yang keluar dari mulut sang jejaka mengundang tawa Lydia.

Selepas perkenalan mereka pada malam itu, Reza seringkali datang menemuinya. Bukan sahaja di pejabat,malah lelaki itu selalu mengajaknya keluar bersama atas urusan kerja. Sudah berkali-kali dia menolak dan cuba menjauhkan diri,namun Reza tidak berputus asa.

Reza dengan beraninya menyatakan niat untuk berkahwin dengannya. Malah,dalam masa 2 bulan sudah beratus kali anak majikannya itu menyebut tentang perkara itu. Lydia bosan dan rimas dengan keadaan itu. Dia belum bersedia untuk berkahwin. Dia belum bersedia untuk sebarang komitmen.

Kesabarannya memuncak apabila lelaki itu mengunjungi ibunya di rumah,6 bulan setelah perkenalan mereka. Pada petang itu,ibunya menggesa Lydia pulang ke rumah kerana ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Lydia terpaksa menurutnya dengan perasaan sebal.

“Reza tu baik orangnya. Mama tengok dia tu betul-betul ikhlas nak ambil Lydia jadi isteri dia,” suara ibunya terngiang-ngiang di telinga. Lydia mendengus kecil. Hatinya terasa marah dengan tindakan lelaki itu yang dirasakan melampaui batas.





“ Berani betul dia datang jumpa mama,”amarah kecil terluah tanpa sengaja. Walaupun perlahan,namun sudah cukup untuk didengari oleh ibunya.

“Dah dia tanya Lydia,Lydia tolak. Dia datanglah jumpa mama,” Lydia masih berdiam diri. Dia tunduk tidak berani menentang pandangan mata ibunya.

“Reza ni orang yang keenam datang meminang Lydia. Lima orang dulu,mentah-mentah je Lydia tolak,” ibunya mula mengungkit.

“Lydia belum bersedia nak kahwin,” balas Lydia lemah.

“Kamu tu bukannya muda lagi Lydia. Mama tak kira,kali ini mama terima pinangan Reza,” Lydia terasa darahnya meruap naik ke muka. Reza memang lelaki yang baik tetapi dia tidak mahu menerima lelaki itu sebagai suami. Malah mana-mana lelaki sekali pun. Dia tidak mahu!

“Lydia tak nak. Mama tolong jangan paksa Lydia!” Lydia bangun dari kerusi. Dia berdiri menghadap tingkap rumah,membelakangi ibunya.  Dia amat menyayangi ibunya.  Namun permintaan ini terasa amat sukar untuk dipenuhi. Kerana Reza,mereka dua beranak berbalah. Hati Lydia semakin terasa perit.

“Apa masalah kamu sebenarnya Lydia?”suara ibunya bertambah tinggi.

“Lydia tak nak jadi macam kakak. Suami dia kahwini dia sebab dia cantik. Lepas dapat anak,kakak dah tak cantik macam dulu. Suami dia berkahwin dengan orang lain. Bukan satu,tapi dua!” suara Lydia berselang-seli dengan tangisan. Apabila teringatkan nasib yang menimpa kakaknya,hatinya jadi remuk.

“Kakak seorang isteri yang baik. Dia berkorban segala-galanya untuk suaminya. Balasannya? Dia dimadukan kerana tidak secantik dulu. Lydia tak nak jadi boneka kepada lelaki macam ni mama. Lydia tak nak!” dia masih ingat sewaktu abang iparnya itu meminta kakaknya memberi persetujuan untuk dirinya berkahwin lain.

Pada ketika itu, Lydia ada bersama di rumah kakaknya. Dia menjadi saksi perbalahan pasangan suami isteri itu. Ketika kakaknya meminta alasan kenapa suaminya berbuat demikian,dengan sewenang-wenangnya lelaki tersebut menjawab bahawa isterinya itu sudah tidak secantik dulu.

 Lydia mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Dia berpaling menghadap ibunya. Matanya terbuka luas apabila melihat ibunya sudah berada di lantai dengan tangannya berada di dada. Ibunya diserang sakit jantung lagi! Lydia berlari mendapatkan ibunya.

Ibunya memang tidak boleh mendengar cerita kakaknya diungkit-ungkit. Lydia menyesal kerana telah menghamburkan perasaannya tadi. Jika apa-apa terjadi kepada ibunya,dia tidak bisa memaafkan dirinya lagi.

Lydia terasa seperti separuh dirinya telah mati. Ibunya benar-benar telah pergi meninggalkan dunia ini. Walaupun berkali-kali kakaknya memujuknya,dia masih lagi menyalahkan dirinya sendiri. Dia adalah pembunuh!


Dan kini dia bersendiri. Hatinya sakit dan kosong tanpa ibu di sisi. Sewaktu majlis pengebumian ibunya, Reza turut hadir dan menyatakan simpati. Namun Lydia terasa jelak dengan lelaki itu. Kalau bukan kerana  tindakannya, Lydia tidak akan bertikam lidah dengan ibunya.

Jika Lydia tidak berbalah dengan ibunya sudah tentu ibunya masih hidup lagi sehingga kini. Fikirannya mulai pulih setelah lama tenggelam ke dasar. Bukan dia yang membunuh ibunya tetapi lelaki itu lah yang menjadi punca utama.

Reza masih lagi belum berhenti mengganggu hidupnya selepas itu. Lelaki itu lebih kepada memaksa dirinya kini. Dengan berpegangkan alasan Lydia kini sudah tiada tempat bergantung,dia berasa bertanggungjawab untuk menggalas amanah itu dengan menjadi seorang suami.

Lamunan Lydia bersepai. Kenangan yang berlaku seakan-akan terimbau di fikirannya seperti sebuah filem yang ditayangkan. Dia keluar dari biliknya lalu turun ke sebuah bilik di tingkat bawah. Perlahan dia menolak pintu bilik tersebut.

Reza yang sedang duduk di sebuah kerusi berpaling ke arahnya. Lelaki itu tampak lemah dengan tangan dan kakinya terikat. Manakala mulutnya yang disumbat dengan kain,tiada daya mengeluarkan sebarang suara. Lydia tersenyum puas.

Dia membuang kain yang menyumbat mulut lelaki itu. Malam ini adalah malam kenangan. Setahun setelah dia mengenali lelaki itu. Malah dia mengenakan pakaian yang dipakainya malam itu.

“You memang cantik Lydia,” kata lelaki itu lemah. Dia memang kagum dengan penampilan gadis itu yang mempesona.

“Dalam keadaan macam ni pun kau masih nak kata aku cantik. Kau memang gila Reza!”

“ Kenapa you buat I macam ni?”soal Reza pula.

“Sebab kau dah bunuh mak aku! Kau buat hidup aku kacau!”

“Mama meninggal sebab sakit jantung Lydia. I bukan nak kacau hidup you. I nak kahwin dengan you. I sayangkan you Lydia,”

“Aku tak nak kahwin dengan kau! Kau tak faham ke? Berapa kali aku nak cakap!” Lydia menendang kerusi yang diduduki oleh Reza. Dia kemudiannya mengambil sebilah pisau yang berada tidak jauh dari situ.

 Reza yang melihat perbuatannya menggeletar ketakutan. Selama ini gadis itu sentiasa berlembut dengan dirinya. Malah tidak pernah sekali pun meninggikan suara walaupun dalam keadaan marah. Gadis cantik itu mengamuk nampaknya mala mini.

“ Kenapa kau nak kahwin dengan aku?” suara Lydia tiba-tiba bergema di telinga Reza.

“ Sebab..”






“Sebab aku cantik kan! Kau tau,kecantikan aku ini milik aku seorang. Aku tak nak berkongsi dengan orang lain,” Lydia memainkan pisau pada pipi Reza. Terasa sejuk apabila logam itu bersentuhan dengan kulit.

“Kau nak buat apa ni Lydia?” kegentaran mula terasa di hati kecil Reza. Sangkanya tadi gadis itu cuma bermain-main sahaja.

Lydia tersenyum sinis,” Aku nak lenyapkan kau dari hidup aku! Selama ini aku beri kau peluang. Aku suruh kau cari orang lain,tapi kau tak nak. Kau degil. Kau nak jugak kahwin dengan aku. Sekarang terima la akibatnya sayangku Reza,” Lydia tertawa kecil. Ketawa yang meraikan kemenangannya malam ini walaupun nyawa lelaki itu masih belum ditamatkan lagi.

“Kau dah gila Lydia!” Reza meninggikan suara. Dia mencuba untuk melepaskan diri namun ikatan pada tangan dan kakinya terlalu kemas untuk dirungkai.

“Kecantikan ini milik aku seorang,” Lydia tidak mempedulikan kata-kata lelaki itu. Sejurus menghabiskan kata-katanya dia membenamkan pisau pada dada lelaki tersebut. Darah pekat keluar membuak-buak seperti mata air. Mata Reza terbelalak menanggung kesakitan apabila diri didatangi ajal.

Lydia menunggu sehingga lelaki itu tidak bergerak lagi. Dia tersenyum puas. Tiada lagi manusia yang akan menganggu hidupnya nanti.

“Dah mati pun masih nak tengok kecantikan aku lagi,” katanya sinis. Dia bebas. Kini kecantikannya itu hanya miliknya seorang.