Friday 11 October 2013

Awak, ya awak!



BAB 3
                Izara membuka mata perlahan-lahan apabila terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Wajah Amiera tejengul di muka pintu.
                “Kau dah tidur ke? Sorry sorry,” kata Amiera apabila melihat Izara yang masih mamai di atas katilnya.
                “Takper. Aku terlelap je. Penat sangat tadi. Pukul berapa ni?” balas Izara sambil menguap. Amiera melihat jam yang berada di pergelangan tangannya setelah menutup pintu. Selajur, dia duduk di sebelah Izara yang sudah pun bangun bersila di atas katil.
                “Pukul 11.30. Eh, tangan kau tu kenapa?” soal Amiera apabila pandangannya jatuh kepada siku Izara yang berplaster.
                “Ohh ni. Aku jatuh tadi masa main basikal kat taman,”
                “Jatuh? Kau pandai tak main basikal ni?”
                “Pandai la! Brek basikal tu tak makan la. Aku terlanggar laki yang berdiri tengah-tengah alam,”
                “Kau langgar laki? Berapa kali aku nak cakap, kalau nak langgar orang, jangan langgar laki. Laki dahla sikit sekarang ni,”
                “Aku langgar dengan basikal je pun! Ehh, kau baru balik kelas ni kan. Ada makanan tak? Lapar..” Izara pasang muka kesian.
                “Tu je lah kau tau. Lapar lapar. Ni, aku ada beli burger kat bawah tadi. Boleh tak?” Amiera mengangkat beg plastic yang dipegangnya sejak tadi.
                “Boleh sangat! Jom lah makan,” Izara melangkah turun dari katil. Dia bersila di atas lantai sementara memerhatikan Amiera meletakkan barang-barangnya di atas meja.
                “Citer la pasal laki tadi. Hensem tak? Macam mana kau boleh langgar dia?” soal Amiera sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di hadapan Izara. Dia menghulurkan burger kepada Izara.
                “Citer dia macam ni, aku tengah main basikal. Aku kayuh macam biasa je pastu aku nampak dia tengah berdiri kat tengah jalan. Aku jerit tapi dia tak dengar. Masa tu dia pakai earphone pastu tunduk tengok fon. Aku brek banyak banyak kali dah, tapi tak makan. Pastu apa lagi, terlanggar la dia. Sakit jugak la badan aku ni. Nasib baik jatuh atas rumput. Kalau tak, tak tahulah,”
                “Hahaha. Lawak la. Macam cerita melayu je. Pastu dia marah tak?” soal Amiera sambil mengunyah burger yang dipegangnya.
                “Tak..Dia tak marah pun. Dia cool je. Lagipun dia tak cedera kot,” Izara mula menggigit burger yang dipegangnya sejak dari tadi.
                “Hensem tak?” Izara mengerutkan dahinya. Dia makan tanpa mempedulikan soalan Amiera.
                “Iz, aku tanya ni, hensem tak?”
                “Amboi, bukan nak tanya aku sakit ke tak. Nak jugak tanya pasal laki tu,”
                “Tanya kau buat apa. Ni dah nampak cukup sifat kat depan aku ni, ok lah. Laki tu kan aku tak kenal, so kena lah bertanya,”
                “Ok la. Boleh tahan. Bulu mata dia lawa!” Izara mula memanjangkan tangannya ke arah bantal. Dia mengambil telefon yang berada di sebelah bantalnya.
                “Setakat bulu mata je bukan jaminan rupa paras dia hensem,” balas Amiera selamba. Izara tidak mempedulikan kata-kata temannya. Dia makan sambil matanya menghadap skrin telefon.
                “Amiiiiiii,” serentak bahu Amiera dipegang.
                “Kenapa pulak?” kebiasaannya Izara akan berkelakuan begitu apabila mendapat membaca news feed facebook ataupun timeline twitter.
                “Ni bukan fon aku lah!”
                “Dah tu fon sape?” Amiera turut menjengah, melihat kea rah skrin telefon.
                “Mana lah aku tahu. Macam mana nak tahu?”
                “Bukak album dia. At least kau tahu ni fon laki ke perempuan,” Jari-jemari Izara berlari lincah di skrin. Sebaik sahaja galeri dibuka, terpampang jelas gambar Rifqi dan kawan-kawannya.
                “Qi. Ni fon dia,”
                “Sape?”
                “Laki yang aku langgar tadi. Mesti telefon aku tercampak masa aku jatuh,” Izara mula teringat yang Rifqi terus bangun mencari telefonnya setelah mereka berdua terlanggar. Rifqi mengambil telefon yang berada berdekatan dengan basikal sementara Izara mengambil Iphone yang tersadai di atas rumput.
                Amiera mengambil telefon tersebut dari tangan Izara sementara gadis itu sedang berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan telefonnnya kembali.
                “Boleh tahan hensem jugak la si, apa nama mamat ni?”
                “Qi..” balas Izara acuh tak acuh.
                “Qi?” soal Amiera lagi tidak berpuas hati. Izara angkat bahu.
                “Macam mana pun aku kena ambik balik fon aku malam ni. Susah takder fon ni. Esok dahla ada discussion, meeting semua. Kalau takder fon, macam mana diorang nak contact aku,”.
                “Kau call la fon kau tu. Cakap kat dia kau nak jumpa dia malam ni,” kata Amiera. Iphone tersebut bertukar tangan. Izara mendail nombor telefonnya di atas skrin. Talian berhubung tetapi tiada jawapan dari pihak sebelah.
                “Tak angkat, takkan dah tidur?” Izara melihat jam di skrin telefon, 20 minit selepas pukul 12. Sekali lagi dia mendail lalu menekapkan telefon di telinga.
                “Hello,” suara serak serak basah kedengaran di hujung talian.
                “Hello, dah tidur ke? Sorry kacau!” Izara mula kalut.
                “Takper, sape ni?” Rifqi berdehem beberapa kali, membetulkan suara.
                “Ni, saya Izara, yang langgar awak kat taman tadi. Ermmm kita tertukar fon lah awak,”
                “Hah? Buat lawak la pulak awak ni. Mana dapat nombor saya ni?”

                “Mana ada! Cuba check wallpaper awak sekarang.”
                “Kejap kejap, saya mamai lagi ni. Sabar eh. Nanti saya call balik kat no ni,” talian dimatikan.
                “Bajet!” marah Izara tiba-tiba.
                “Kenapa pulak?” soal Amiera apabila melihat Izara membega-begakan mukanya.
                “Aku cakap kat dia yang kitorang tertukar fon. Dia boleh cakap aku buat lawak pastu siap tanya mana aku dapat no dia,”
                “Hahaha. Lawak la dia tu. Dia tengah tidur ke apa?”
                “Ha’ah. Dia dah tidur tadi. Penat kot lepas kena langgar dengan basikal tadi. Basikal je pun. Haha,”. Bunyi deringan telefon menghentikan perbualan mereka berdua. Izara perasan bahawa mereka berdua menggunakan ringtone yang sama, Love Somebody daripada Maroon Five.
                “Hello, Izara kan? Fon awak ada dengan saya ni,” Izara menahan gelak. Bunyinya seperti Rifqi baru menghadapi reality.
                “Orang cakap tadi tak nak percaya. Awak kat mana ni? Urrmm nak ambik fon malam ni boleh?” Soal Izara teragak-agak memandangkan waktu sudahpun melewati tengah malam.
                “Sekarang?” Rifqi menguap kecil. Izara menjulingkan mata ke arah Amiera..
                “Sekarang tak boleh la awak…”
                “Kenapa pulak? Kejap je! Saya pergi dengan kawan saya. Lagipun susah kalau takder fon. Esok ada macam macam hal,”
                “Awak ni, nak apa-apa cuba bersabar sikit. Saya sekarang ni ada kat Melaka. Ada kena join program.
                “Pulak. Habis tu macam mana ni??”
                “Macam ni lah. Kalau ada apa-apa mesej,saya forward ke fon saya. Kalau awak nak contact sape-sape, guna je lah fon saya tu,”
                “Tak nak lah! Kalau saya nak contact sape-sape, saya go through awak je lah,”
                “Suka hati awak lah,” balas Rifqi ringkas. Lagipun dia masih mengantuk dan mahu segera menyambung tidur.
                “Fon awak?” soal Izara pula.
                “Ohh fon saya, saya tak kisah sebab nombor tu takder orang tahu. Contact nombor saya ada dalam fon satu lagi,”
                “Mana aci! Saya sorang je lah yang kena ni,” Rifqi mengangkat kening. Hairan dengan kelakuan Izara yang persis keanak-anakan.
                “Pergi lah sambung tidur. Sorry kacau. Terima kasih,” ucap Izara setelah lama Rifqi berdiam.
                “Ehh awak marah ke?”
                “Taklah,” gadis itu tergelak. “Dah kenapa saya nak marah pulak. Haaa ni nak pesan, kalau ada sesape call jangan angkat tau. Mesej je tanya diorang nak apa eh,”
                “Kenapa? Takut pakwe marah eh?”
                “Taklah. Pakwe saya takkan marah sebab dia tak pernah wujud. K bye. Selamat malam,” talian diputuskan. Rifqi terpinga-pinga. Gambar gadis yang tersenyum manis yang disetkan sebagai wallpaper ditenung lama.
                “Izara,” Rifqi menggeleng kepala sambil tersenyum.
               
               

Saturday 28 September 2013

Awak, ya awak!



BAB 2

                “Macam ni je?” soal Rifqi sinis. Adelia mengangguk.

                “Awak nak macam mana lagi?” angin pantai yang bertiup sepoi sepoi bahasa tidak mampu menyejukkan suasana yang sedang dihadapi mereka.

                “Takkan takder sikit pun rasa sayang awak kat saya?” pertanyaan Rifqi itu sudah mencapai tahap merayu. Tidak pernah dia sebegitu di hadapan perempuan. Tidak pernah.

                “Maaf Rifqi. But I know you deserve better. One day, that lucky girl will come into your life and she will love you more than I do,”

                “You have the chance to be that lucky girl,” Adelia berjalan perlahan menghampiri  Rifqi. Dia tersenyum tawar. Perlahan tangannya diletakkan di atas pipi kiri lelaki itu.

                “I’m sorry,” Adelia berpaling lalu berlalu pergi. Rifqi hanya mampu memerhati. Jauh dari sudut hatinya, dia tahu bahawa tindakan gadis itu meninggalkannya berpunca daripada salahnya juga.

                “Woi, menung apa tu?” Jerkah Haikal yang baru sahaja masuk ke dalam bilik. Rifqi tersengih. Kenangannya bersama Adelia hancur bersepai di situ. Kenangan akhirnya hanya akan tinggal kenangan. Hidup mesti diteruskan.

                “Takder apa ah. Assignment ni bersepah. Tak tahu nak start yang mana dulu,” Rifqi melunjurkan kakinya di atas katil. Nasib baik timbunan buku yang berada di atas katil dapat menyelamatkan keadaan.

                “Nak pikir assignment sampai bila pun tak habis. Jogging jom!” Haikal menepuk bahu Rifqi.

                “10 minit!” Rifqi bersetuju dengan cadangan kawannya. Daripada duduk bersendirian dalam bilik, lebih baik keluar melihat alam sekeliling.

                Tidak sampai 40 minit, kedua-dua jejaka itu sudah pun menjejakkan kaki di taman utama university mereka. Kelihatan ramai pelajar sedang melakukan senaman, berjogging dan tidak kurang juga berdating!


                “Jom lari pusing taman,” ajak Haikal

                “Kau lari dulu, aku nak pasang lagu jap. Nanti aku catch up,” balas Rifqi. Dia mengeluarkan earphone lalu menyumbat kedua-dua belah telinganya. Volume tertinggi dipilihnya supaya dia dapat berlari tanpa mengendahkan keadaan sekeliling. Skrin telefon pintar disisip laju mencari lagu yang sesuai untuk dijadikan halwa telinga.

                Rifqi tersenyum sendiri apabila lagu The Man Who Can’t Be Move nyanyian The Script berkumandang di telinga. Sebaik sahaja dia mengangkat muka, sebuah basikal yang dikayuh laju oleh seorang perempuan merempuhnya dengan kuat.

                Mereka berdua jatuh di atas rumput sementara basikal gadis itu tercampak di sebelah.

                “Sorry sorry! Saya dah jerit nak bagi amaran, tapi awak tak dengar,” kata Izara setelah dia bangkit lalu duduk di sebelah Rifqi yang masih terbaring. Rifqi memejamkan matanya beberapa kali sebelum bangun.

                “Takper takper. Salah saya jugak, berdiri tengah jalan sambil dengar lagu. Ehh mana fon?” Rifqi melihat sekeliling kawasan itu mencari telefonnya yang mungkin tercampak di mana-mana. Dia akhirnya mengesan sebuah Iphone berada di sebelah basikal.

                Rifqi bangun menuju ke arah basikal lalu mengambil telefonnya. Nasib baik tidak berkecai dan nampaknya masih boleh digunakan lagi.

                “Awak ok ke?” soal Izara yang tiba-tiba sudah berdiri di sebelahnya.

                “Ok ok. Just pening sikit je. Awak?” Rifqi melihat ke arah Izara yang sedang memegang siku kirinya. Terdapat kesan koyak di lengan baju gadis itu.

                “Saya ok. Tapi pasni kena sorong je la basikal ni. Tak boleh nak tunggang da,” balas Izara. Rifqi menoleh ke arah basikal yang dimaksudkan itu. Dia kemudiannya mengangkat basikal itu lalu memainkan pedal dengan kaki.

                “Basikal ni rosak ke?” soal Rifqi lagi.

                “Brek basikal ni tak makan. Tadi tak perasan. Kalau tak memang tak pinjam dah,”

                “Pinjam kat mana?”

                “Kat hujung tasik tu. Kan ada tempat sewa kayak, basikal. Semua peralatan sukan boleh pinjam kat sana,” terang Izara. Rifqi mengangguk tanda faham.

                “Patutlah tak sampai sampai aku tunggu kau. Kata nak jogging. Rupanya tengah mengayat awek kat sini,” sergah Haikal yang tiba-tiba muncul.

                “Bukanlah. Ada kemalangan tadi. Dia terlanggar aku dengan basikal,”balas Rifqi.

                “Nasib baik dengan basikal, kalau dengan motor dah ke hospital dah sekarang,” kata Izara. Haikal tergelak kecil.
 
                “Korang berdua tak apa-apa ke?” soal Haikal lagi.

                “Ok je. Basikal tu la yang rosak. Sekarang ni tengah fikir macam mana nak pulangkan basikal ni balik,” kata Rifqi yang sedang menumpukan perhatian kepada basikal. Haikal melihat ke arah Izara yang sedang tersenyum.

                “Siku awak, injured eh?” soalnya setelah terperasan bahawa Izara sedang memegang sikunya sejak dari tadi lagi.

                “Luka sikit je. Balik nanti letak ubat, ok lah,”

                “Mana boleh macam tu. Qi, kau pergi tolong dia basuh luka. Basikal ni biar aku je yang hantar. Kat hujung tasik kan?” Haikal melihat ke arah Izara, meminta kepastian.

                “A’ah. Takperlah. Saya boleh buat sendiri. Tak payah susah susah. Lagipun saya yang langgar kawan awak tadi,” balas Izara.

                “Tak salahkan tolong orang yang dalam kesusahan. Qi, cepatlah pergi basuh luka tu. Nanti kena jangkitan kuman pulak,” suruh Haikal lagi.

                “Luka sikit je lah,” Izara tergelak kecil.

                “Sikit sebab masib belum melarat. Tu, sana ada paip,” kata Rifqi sambil berjalan perlahan menuju ke tempat yang dimaksudkan. Izara mengikut tanpa banyak soal. 

                “Takper, saya boleh buat sendiri,” kata Izara. Rifqi hanya diam tetapi dia masih lagi berdiri di sebelah paip tersebut.

                Izara membuka paip perlahan-lahan. Dia melalukan sikunya dia bawah aliran air kemudiannya cepat-cepat menariknya semula.

                Rifqi menarik tangan Izara lalu meletakkannya di bawah kepala paip. Paip tersebut dipulas untuk melajukan aliran.
 
                “Ouch, sakitlah!” Izara cuba menarik tangannya tetapi dipegang kemas oleh Rifqi.

                “Kalau buat slow slow macam tu lagi lah sakit. Kata tadi luka sikit kan,” Rifqi tersenyum. Dia membersihkan pasir yang melekat pada daging lengan yang telah terkoyak kulitnya sedikit. Izara mendesis menahan pedih tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

                “Dah,” Rifqi melepaskan tangan si gadis lalu menutup kepala paip. Sehelai tuala kecil berwarna biru dihulurkan ke arah Izara.

                “Ambil ni lap. Tuala ni saya nak buat lap peluh masa jogging nanti. Sekarang ni dah tak sempat dah nak jogging,”

                “Thanks,” tuala bertukar tangan. Izara menekan tuala tersebut perlahan-lahan di lengannya.

                “Kalau macam ni bila nak kering. Meh sini,” Rifqi menarik kembali tuala yang diberikannya tadi. 

                “Saya tak nampak la kat mana yang luka. Nanti terkasar kat situ, sakit pulak,” Rifqi menarik tangan gadis itu tanpa mempedulikan rungutannya. Dia mengelap lengan Izara yang basah. Apabila tiba di bahagian luka, dia menekapkan tuala biru itu perlahan-lahan.

                Izara memerhatikan lelaki itu. Wajahnya tidak lah sekacak lelaki lain yang pernah diminatinya tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian gadis itu. Bulu mata lelaki itu. Panjang dan lentik umpama bulu mata perempuan.

                “Balik nanti sapu ubat. Jangan biar luka ni terdedah lama lama,” kata Rifqi setelah menurunkan kembali lengan baju gadis itu.

                “Luka kat luar senang nak handle. Luka kat dalam ni yang takder ubat,” Izara tersengih nakal. Rifqi turut sama tersenyum.

                “Sakit macam ni pun sempat lagi nak buat lawak,”

                “Luka sikit je pun,”

                “Habis siapa yang menjerit masa basuh luka tadi?”

                “Qi! Aku dah pulang dah basikal kat tempat tadi. Jomlah balik, dah lewat dah ni,” seru Haikal yang sedang berjalan ke arah mereka.

                Izara tersenyum ke arah Haikal,”Terima kasih dah tolong hantar. Sign tak nama saya?”

                “Sign. Izara kan?”soal Haikal meminta kepastian. Di setiap basikal telah tertulis nombor dan para pemimjam perlu menulis nama berserta nombor basikal yang dipinjam semasa proses meminjam.

                “A’ah. Saya Izara.  Dia Qi, awak?”

                “Saya Haikal,” Haikal tersenyum.

Wednesday 25 September 2013

Awak, ya awak!



BAB 1
                Izara meletakkan dulang makanan di atas meja. “Utara kau, pukul 1,” bisiknya sambil duduk di hadapan Amiera. Amiera perlahan menoleh ke belakang. Seorang lelaki berpakaian kemeja beserta tie sedang berbual rancak dengan kawannya.

                “Ouh budak tu. Dah ada awek la,” balas Amiera seraya menghirup cendol. Izara menarik muncung.

                “Spoil selera makan aku hari ni. Spoil!” dia menolak pinggan yang berisi mee goreng ke hadapan.

                “Kau ni dah kenapa? Baru harini je kau jumpa mamat tu, tiba-tiba nak give up dengan makanan pulak,” balas Amiera.

                “Dah lama la aku aim dia. Dah seminggu dah,” Amiera tergelak besar mendengar kata-kata Izara.
 
                “Lama? Seminggu? Seminggu tu 7 hari je lah. Belum cukup 10 hari lagi,”

                “Lebih dari dua tu lama lah,” Izara mula bermain-main dengan straw yang berada di dalam gelas.

                “Tak faham lah kau ni. Syazran tu dah jelas nak kat kau. Kau tak nak pulak,”

                “Desperate.”

                “Kau nak laki macam mana sebenarnya?”

                Izara angkat bahu. Dia mula mengangkat ketulan ais menggunakan straw lalu memasukkannya ke dalam mulut.

                “Penat la aku layan kau tau. Dari sem 1 membawak ke sem 5. Setiap sem ada je laki yang kau minat tapi satu pun tak lekat,” Amiera mula menyuap mee goreng ke dalam mulut.

                “Tu lah. Aku syak aku kena mandi bunga la. Heyy, jangan makan makanan aku,” Izara menepuk tangan Amiera.

                “Tadi kata tak nak,” Amiera menolak kembali pinggan yang berisi mee goreng ke arah Izara.

                “Kau nak tengok aku pengsan ke? Aku tak makan apa-apa lagi harini. Dah pukul  5 petang dah ni tau!”


                “Iz, pusing belakang sekarang!” kata Amiera tiba-tiba. Izara yang masih lagi mengunyah saki baki mee di dalam mulutnya pantas berpaling ke belakang. Lelaki yang lengkap berkemeja tadi sedang berbual dengan seorang perempuan.

                “Tu lah awek dia. Lawa tak?” Izara memerhatikan perempuan tersebut. Nampak sopan dan lembut apabila berbicara.

                “Comel! Comel giler. Budak kos apa tu?”

                “Budak marketing rasanya. Budak perempuan ni baru je clash dengan pakwe dia sem lepas. Pakwe dia dulu budak mikrob. Tengok tengok sem ni dengan budak ni dah,” jelas Amiera.

                “Perempuan ni hot ke?”

                “Boleh tahan lah. Dia selalu jadi ajk kalau ada sukan ke, jadi usher majlis ke. Bukan macam kau. Balik bilik layan twitter. Sape yang nak kenal?”

                “Abang yang aku minat ni kos apa pulak?” soal Izara nakal.

                “Tak sure ah. Tapi yang pasti dia budak sukan. Dah menang macam macam la. Kau tak tau ke?”

                Izara geleng kepala. “Baru je minat. Tak sempat nak buat research. In fact, nama dia pun aku tak tahu,”

                Amiera menggeleng kepala. “Patutlah seminggu ni selalu ajak aku makan kat kafe fakulti tu lah fakulti ni lah. Nak jejak dia la ni?”

                “Mana ada! Aku nak tukar tukar selera la. Tak bosan ke makan kat tempat sama,”

                “Macam la aku tak kenal kau,” Amiera tersenyum sinis.

                Izara angkat kening,” Kalau kenal kenapa tanya?”

                “Nak pastikan je. Haaa ni, kau ingat tak abang yang buat master yang kau tanya aku haritu?”

                Berkerut dahi Izara memikirkannya tetapi kemudian dia cepat cepat mengangguk.

                “Dia datang audition teater haritu…”

                “Kau kan ajk! Nak nombor telefon dia!” hampir melompat Izara dari kerusi.

                “Dengarlah dulu. Aku cerita tak habis lagi ni,”

                “Haaa, apa?”

                “Dia lepas. Terpilih jadi pelakon. Aku ingat nak kenalkan kau kat dia kalau…..”

                “Kalau apa?”

                “ Janji jangan suka sape sape dalam masa seminggu,”

                “Kau ingat perasaan ni boleh kawal ke?”

                “Ada otak, akal, guna lah. Yang gelojoh sangat tu kenapa??”

                “Hahaha. Tak der lah gelojoh. Urmm mungkin boleh kot sebab abang-abang hot kebanyakkannya dah berpunya. Lagipun, kalau aku minat tapi aku tak cakap kat kau, still kau tak tahu kan?”

                “Hahaha. Boleh ke kau hidup kalau tak cerita kat aku? Ingat Iz, lepas orang dah tengok teater nanti, abang ni confirm naik. Susah dah kau nak dekat dengan dia lepas ni,” tutur Mira senada.

                “Ok mama. Dah la. Jom balik. Penat dah aku duk sini lama-lama,” 


               “Lagi penat sebab dapat tahu orang yang di usha dah berpunya kan?” Amiera bangun lalu menolak kerusi. Izara juga mengikut jejak langkahnya.

                “Who cares? Abang teater tengah tunggu aku tu,” Mereka berjalan seiringan menuju ke kereta. Belum sempat keluar dari kereta, Izara menarik lengan Amiera.

                “Ami, hensemnya abang yang pakai baju  ungu tu,”

                “IZARA!!!”