Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

Bulan

Setiap hari, kelas aku pukul 8 pagi. Setiap hari aku akan mengalami morning sickness (baca: mengantuk). Tapi yang paling teruk ialah hari Rabu sebab pagi tu kelas Fizik.

Dalam kelas Fizik, pukul 8 sampai sembilan masih lagi dalam posisi pelajar cemerlang. Dah masuk 9.30, aku mula menguap seperti tiada esok. Sampai keluar air mata. Aku tak tahulah sama ada sebab aku lapar, mengantuk, bosan ataupun sedih sebab tak faham apa yang lecture ajar kat depan.

Intro haruslah menyimpang 270 darjah dari tajuk di atas. Heeee



Tadi, lecture aku ajar pasal Theory of Relativity. Intro dia lebih kurang macam ni:

"Pernah tak, masa kecik2 dulu, bila awak naik kereta pada waktu malam, awak ingat bulan tu ikut awak?"

Aku pun dalam hati terdetik:

"A'ah la. Masa comel kecik2 dulu selalu je excited ingat bulan tu ikut kereta sekali. Lepas tu bising beri tahu adik2 yang bulan tu ikut kereta yang abah bawak. Lepas tu adik2 pun tumpang excited sekali. Lepas tu kena marah sebab bising dalam kereta"

Lepas dengar explaination lecture tadi, aku dah mula dapat gambaran apa yang aku nak jawab kat anak aku nanti kalau dia excited tengok bulan ikut kereta.

Situasi:

Boy: Ummi ummi oppss mummy mummy, kenapa bulan tu ikut kereta.

Me: *saling berpandangan dengan suami sambil tersenyum* bukanlah sayang. Bulan tu bukan ikut kita sebenarnya. Dalam theory of relativity, kita ada belajar pasal Length contraction: Objects are measured to be shortened in the direction that they are moving with respect to the observer.

Boy: Apa tu? Abang tak faham lah.

Encik suami: Isshh awak ni pun, budak tu baru lima tahun. Mana nak faham teori ni semua.

Boy: *buat muka blur*

Encik suami: *pandang cermin pandang belakang* nanti abang belajar nanti abang faham lah. Tapi sekarang ni daddy nak abang taw yang begitulah hebatnya kebesaran ALLAH.

Boy: Terima kasih mummy, daddy.

CUT OFF

Sempat buat drama pendek pasal keluarga bahagia pulak. Haha. Got to go now sebab nak siapkan lab report fizik. aaaaaaaa.


Thursday, 1 November 2012

the last one to wish



Selamat Hari Raya! Tahu tahu dah teramat lewat untuk wish, but still nak cakap jugak. Hee. Now, I’m leisurely at home enjoying a week break. Fuhhhh.

                Tapi proses untuk sampai rumah tu,punyalah panjang. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 12 jam menjadi 18 jam. Aku naik bas jam 8 malam tapi 4 petang esok tu baru sampai! Sebenarnya pukul 11 tu bas masih lagi berada di KL, jalan sesak. Atas bas tu, habis aktiviti aku buat. Sampai dah x boleh nak tidur. Bateri laptop dan mp3 totally out. Gadjet pun dah penat macam tuan dia. Haha.

                Balik rumah terus pengsan (baca : tidur), pukul 6.30 baru bangun sebab mama kejut. Malam tu pulak orang sibuk takbir raya, aku buat goanimated dengan line yang lembap. Bayangkan, guna broadband line macam putus-putus. Setiap 15 minit mesti jadi offline, dalam masa tu satu dialog jelah sempat buat. Huh. Dengan titasnya yang kena submit 26 haribulan jugak. Malam tu rasanya aku tidur dalam pukul 2 pagi sebab buat assignment.

*tarik nafas panjang

                So, dengan segala keperitan tersebut, wajarlah aku direward dengan cuti seminggu *clap hands. But but but, bila aku bangun pagi esok ada orang mesej selamat hari raya *senyum lebar Nampak gigi*. Haha. Tu je lah cerita raya aku kot. Tak ada yang menarik, setiap tahun semuanya sama. Beraya sensorang sebab belum masanya lagi berdua. Ehh?

 # my cousin bertunang hari raya kedua, ini menjadikan jumlah keseluruhan cousin aku yang dah bertunang ialah 3 orang. Dengar2 next year, dua daripada mereka akan berkahwin o.O. Fatin Arina still forever alone *kuis tangan dengan pasir

# raya kedua, ada orang kejut aku pagi2 dengan call. Wake up call la sangat. Tapi xderlah pagi sebab masa tu dah jam 11. Kantoi baru bangun sebab suara aku gila serak. Uhhh  -.- mesti beliau x akan aku masukkan aku dalam list calon pilihan *bunyi angin

#my crush tetiba membisu diam sunyi macam duduk dalam gua. Risau kalau ada apa2 berlaku kat dia. Jangan cakap dia pun dah buat preparation nak kahwin jugak *pengsan

Tuesday, 9 October 2012

Hilang Naluri- Once



haritu masa aku kat library, tengah buat kalkulus,

aku terdengar lagu ni dalam radio.

memang sesuai dengan mood yang tengah rebel sebab buat math. hehe


Sunday, 23 September 2012

Yuda di Padang Maya



It’s time for book review! *baca dengan nada it’s time for cocokrunch.
Hari ni nak review pasal sebuah novel bertajuk Yuda di Padang Pasir. Aku kan dah cakap yang aku jenis yang jarang baca novel melayu. Tapi buku ni memang lain dari yang lain. Semestinya penulisnya lelaki *grin



For this book, I would like to thanks my roommate for lending me this admiring stuff *aku tahu kau baca muz! Hahahaha
Buku ni sebenarnya menceritakan tentang hubungan manusia dan jin. Hubungan seharian termasuklah percintaan. Seriously, boleh ke jin dan manusia jatuh cinta? #RollingEyes. Tapi cinta ni kan satu perasan yang halus. Cinta itu satu kegilaan.
Ya.
Cinta itu satu kegilaan.
                I will write a little about synopsis. Hero dalam cerita ni adalah seorang yang tanpa disedarinya berkawan dengan jin. Tapi dia tak nampak, dia hanya dengar je suara jin tu memberi arahan. Jin tu takdelah kacau dia, sebaliknya jin tu banyak membantu dia.
                Bila dia menjejakkan kaki ke university, dia berkenalan dengan seorang perempuan (heroin kot) dan perempuan tu telah meminta pertolongan lelaki tu untuk mengubati ibunya. Mesti korang fikir, “alaa, tipikal cerita melayu je pun”.
Tapi!
                Perempuan tu sebenarnya jin yang menyamar sebagai manusia. Dan lelaki tu telah terheret sama ke alam jin. Terkejut tak terkejut tak? Aku pada mulanya macam tak percaya tapi sekarang ni aku dah terpengaruh. “Betul ke manusia boleh travel ke alam jin?” *muka confius
                So, for this book, I give 4 out of 5 stars. Toksah nak buat muka “banyaknya kau bagi fatin,”. Beli dan baca sendiri. Barulah tahu apa erti kepuasan. Hehe
                So, aku rasa tu je yang aku nak tulis. Ayat dalam cerita ni best2. Kalau aku ada masa atau kalau aku rajin sikit, aku akan tulis ayat yang menarik perhatian dalam cerita ni. Notice the word kalau kat situ. Hohoho.
               


Wednesday, 5 September 2012

alhamdulillah

Assalamualaikum! Tarik nafas panjang. entry ni ditulis lepas habis orientasi selama 4 hari di Universiti Sains Islam Malaysia setelah pendaftaran pada 1 September. *panjang tak panjang tak?

Sebenarnya macam agak lama dah tak menulis, entry raya pun tak sempat update. Tapi tak ada ape sangat pun. Bukannya raya berdua atau bertiga *eh sempat?haha. So aku nak yang sekarang ni aku dah jadi pelajar USIM secara rasminya. Nama aku ada dalam data tau.

Sebelum aku datang sini memang aku refuse nak datang. Sedih kot sebab tengok kawan2 macam hebat, sambung medic,dentist,engineering bagai. Tapi aku? Kursus yang aku ambil akan dirahsiakan untuk sementara waktu sampailah aku bersedia nak bagi tahu. Bukan apa tapi "A secret makes a woman,woman". Heheh.

Tapi bila dah settle down, aku tanam tekad nak belajar betul2. Tak nak jadi macam asasi dulu.Masa tu boleh dikatakan yang aku tak tahu macam mana nak score. Mungkin sekarang ni aku boleh berusaha untuk menjadi mahasiswa yang lebih baik.

Apa yang penting, belajar erti bersyukur. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur dengan apa yang kita dapat.

"Kita selalu tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada kerana kita selalu melihat apa yang kita tak ada"

Jadi, baru 5 hari aku duduk kat sini tapi perasan tak yang cara aku menulis dah berubah. Tak nak dah sembang kosong macam dulu. Dulu tu tak ada kerja nak buat. Tapi sekarang, "I have a dream to achieve".

So aku memutuskan untuk tidak ada crush dalam masa 4 tahun ni. Haha. Tak nak dah suka kat sape2. Kita fokus dengan apa yang kita dah ada. Ada? Tak, maksud aku, cukup dah dengan orang yang aku dah kenal. Setakat kawan,aku mengalu-alukan. Tapi kalau nak pergi beyond that, I don't think that I'm ready yet.

Banyak lagi benda yang aku nak kejar dalam hidup ni sementara usia masih muda. Heeee. So, I'm finish now. Dah nak tidur. Ok bye.

Wednesday, 15 August 2012

raya?


Ola! Selamat Hari Raya. ...
Eh? Belum ya? Haha. Gurau je. Ni semua gara-gara kawan aku yang dah forward mesej raya. Semangat beliau memang boleh dipuji tapi yang tak boleh blahnya ayat last dia.
From fxxx dan suami.
Hah. Hambek kau! Suami tu. Tapi apasal tak upload gambar kahwin dalam fb? Kahwin lari ea? Hahaha.
Jauh dah aku menyimpang dari topic asal. Sebenarnya aku nak cerita pasal sambutan hari raya tahun ni. Seriously, aku hanya ada sehelai jubah je. Tudung dan kasut tak der lagi ni weh! Jadi kepada kawan2 sekalian,kalau aku tak pergi raya rumah korang tahun ni, harap faham lah ya. Hihihi
Lagi tiga hari lagi dah nak raya kan. Aku dah malas dah nak keluar. Jalan gila jammed. Sekarang ni dah jammed yang teramat sangat. Keluar la waktu mana sekalipun. Pagi ke tengahari ke petang ke malam ke. Memang jammed la. Nak nak.
JPJ : LEBIH 600,000 KENDERAAN AKAN BERADA DI KELANTAN SEMASA HARI RAYA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangka lebih 600,000 kenderaan akan memenuhi jalan raya di negeri itu serta bakal menimbulkan masalah kesesakan di jalan ut...
ama semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti berdasarkan jumlah kemasukan kenderaan luar serta jumlah kenderaan yang didaftarkan di Kelantan.

Tengok tengok tengok. Statistik dah keluar tu. Haih. Pening kepala la kau lepas ni. Wuwuwu.

                Papehal pun, raya ni aku nak pakai wedges. Nak wedges yang ada tali lilit kat buku lali. Haha.


Ok lah. Dah habis kot nak cerita pasal preparation raya. Kad raya aku dah selamat sampai kat tangan kawan2. Tu tandanya aku sayang korang. Hee


Friday, 8 June 2012

novel dan study


Recently aku dah rasa macam malas nak menulis. Huu. Dasar makhluk tak consistent! Bukan sebab tak ada idea tapi rasa macam bosan buat benda yang sama. Hehe. Kalau aku malas nak study,aku selalu remind yang exam dah dekat. So,terpaksa la hadap benda tu.
                Tapi novel yang aku tulis ni bukannya ada due date bila kena submit. Kalau buat kerja tak ada disiplin,macam ni lah jadinya. Mungkin aku kena letak target,berapa lama masa yang perlu untuk menyiapkan sebuah novel. Maybe. Susah sebenarnya nak bertegas dengan diri sendiri.
                Rasanya mostly cuti sem dah habis kan? Ramai dah kawan aku update status sedih nak tinggal rumah, sedih nak tinggal Kelantan. Hehe. Aku pun dulu macam tu,bila nak kena balik UM, rasa nak kurung diri dalam bilik je. Lagi2 bila dah ada kat stesen bas,mula lah nak buat drama air mata. Duhh..
                So,kepada yang dah belajar balik tu,good luck aku ucapkan. Lepas ni tak boleh la nak kacau diorang lebih2. Ye lah. Sibuk dengan test la,kuiz la,exam la. Mana nak tidur lagi. Hehe. Untuk sementara waktu  ni,aku nak menikmati cuti aku puas2.
                One of my cousin cakap,enjoy la puas2 sebab nanti dah masuk degree,tak ada life la awak. Huhu. Masa duk kat PASUM dulu pun dah jadi macam manusia robotic. For degree, I don’t know what to say. Tak perlah,nikmati masa perlahan-lahan.