Wednesday, 15 August 2012

raya?


Ola! Selamat Hari Raya. ...
Eh? Belum ya? Haha. Gurau je. Ni semua gara-gara kawan aku yang dah forward mesej raya. Semangat beliau memang boleh dipuji tapi yang tak boleh blahnya ayat last dia.
From fxxx dan suami.
Hah. Hambek kau! Suami tu. Tapi apasal tak upload gambar kahwin dalam fb? Kahwin lari ea? Hahaha.
Jauh dah aku menyimpang dari topic asal. Sebenarnya aku nak cerita pasal sambutan hari raya tahun ni. Seriously, aku hanya ada sehelai jubah je. Tudung dan kasut tak der lagi ni weh! Jadi kepada kawan2 sekalian,kalau aku tak pergi raya rumah korang tahun ni, harap faham lah ya. Hihihi
Lagi tiga hari lagi dah nak raya kan. Aku dah malas dah nak keluar. Jalan gila jammed. Sekarang ni dah jammed yang teramat sangat. Keluar la waktu mana sekalipun. Pagi ke tengahari ke petang ke malam ke. Memang jammed la. Nak nak.
JPJ : LEBIH 600,000 KENDERAAN AKAN BERADA DI KELANTAN SEMASA HARI RAYA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangka lebih 600,000 kenderaan akan memenuhi jalan raya di negeri itu serta bakal menimbulkan masalah kesesakan di jalan ut...
ama semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti berdasarkan jumlah kemasukan kenderaan luar serta jumlah kenderaan yang didaftarkan di Kelantan.

Tengok tengok tengok. Statistik dah keluar tu. Haih. Pening kepala la kau lepas ni. Wuwuwu.

                Papehal pun, raya ni aku nak pakai wedges. Nak wedges yang ada tali lilit kat buku lali. Haha.


Ok lah. Dah habis kot nak cerita pasal preparation raya. Kad raya aku dah selamat sampai kat tangan kawan2. Tu tandanya aku sayang korang. Hee


No comments:

Post a Comment