Wednesday, 5 September 2012

alhamdulillah

Assalamualaikum! Tarik nafas panjang. entry ni ditulis lepas habis orientasi selama 4 hari di Universiti Sains Islam Malaysia setelah pendaftaran pada 1 September. *panjang tak panjang tak?

Sebenarnya macam agak lama dah tak menulis, entry raya pun tak sempat update. Tapi tak ada ape sangat pun. Bukannya raya berdua atau bertiga *eh sempat?haha. So aku nak yang sekarang ni aku dah jadi pelajar USIM secara rasminya. Nama aku ada dalam data tau.

Sebelum aku datang sini memang aku refuse nak datang. Sedih kot sebab tengok kawan2 macam hebat, sambung medic,dentist,engineering bagai. Tapi aku? Kursus yang aku ambil akan dirahsiakan untuk sementara waktu sampailah aku bersedia nak bagi tahu. Bukan apa tapi "A secret makes a woman,woman". Heheh.

Tapi bila dah settle down, aku tanam tekad nak belajar betul2. Tak nak jadi macam asasi dulu.Masa tu boleh dikatakan yang aku tak tahu macam mana nak score. Mungkin sekarang ni aku boleh berusaha untuk menjadi mahasiswa yang lebih baik.

Apa yang penting, belajar erti bersyukur. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur dengan apa yang kita dapat.

"Kita selalu tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada kerana kita selalu melihat apa yang kita tak ada"

Jadi, baru 5 hari aku duduk kat sini tapi perasan tak yang cara aku menulis dah berubah. Tak nak dah sembang kosong macam dulu. Dulu tu tak ada kerja nak buat. Tapi sekarang, "I have a dream to achieve".

So aku memutuskan untuk tidak ada crush dalam masa 4 tahun ni. Haha. Tak nak dah suka kat sape2. Kita fokus dengan apa yang kita dah ada. Ada? Tak, maksud aku, cukup dah dengan orang yang aku dah kenal. Setakat kawan,aku mengalu-alukan. Tapi kalau nak pergi beyond that, I don't think that I'm ready yet.

Banyak lagi benda yang aku nak kejar dalam hidup ni sementara usia masih muda. Heeee. So, I'm finish now. Dah nak tidur. Ok bye.

No comments:

Post a Comment