Monday 4 February 2013

100 Cara Mencintaimu

BAB 5

            Ameera meletakkan sekeping sampul surat di atas meja di hadapan Hanani. Hanani yang sedang menikmati sarapan paginya mengangkat muka memandang Ameera.

            “Duit sewa rumah 3 bulan. Meera dah gagal,” gadis itu mempamerkan senyuman. Senyuman yang nampak sangat dibuat-buat untuk melindungi duka hati yang tercalar.

            “Duduk dulu Meera,” Hanani menarik kerusi di sebelahnya. Gadis itu duduk tanpa banyak bicara. Nampak lemah pergerakannya pagi itu, tidak seperti biasa, ceria dan nakal.

            “Kena reject lagi?” soal Hanani berhati-hati. Dia sedia maklum bahawa Azlan telah mengatakan pada Ameera bahawa dia langsung tidak mempunyai perasaan pada lelaki itu.

            “Kalau setakat kena reject, Meera tak kisah,”

            “Habis tu,”

            “Dia mintak Meera berhenti kacau hidup dia,” perlahan suara itu menyentuh gegendang telinga Hanani. Hanani tergamam.

            “Meera buat apa sampai Alan cakap macam tu?”

            “Salah Meera kak. Meera yang lebih lebih masuk campur urusan hidup dia,” sedaya mungkin dia menahan air matanya agar tidak jatuh lagi.

            “Habis tu Meera nak duduk mana ni?” soal Hanani prihatin. Dia sudah menganggap gadis itu seperti adiknya sendiri.

            “Rumah kawan. Lagipun, akak kan dah nak kahwin bulan depan. Memang patutlah Meera pindah,”

            “Pasal duit tu,” Hanani mengambil sampul surat yang diletakkan oleh Ameera tadi lalu menghulurkannya kembali. “Meera ambil la balik. Akak anggap Meera datang tumpang je rumah akak selama ni. Bukan sebagai penyewa,”

            “Tapi akak, Meera dah janji,”

            “Meera..Meera dah tunjukkan pada akak yang ada cinta yang berbaloi untuk dikejar,”

            “Meera kena reject la akak. Meera bukannya contoh yang baik,” Ameera tertawa perlahan.

            “Mungkin sekarang ya, tapi kita tak tahu lagi masa akan datang?”

            “Tak pe lah akak. Kalau Alan sendiri dah kata benci, tak akan boleh kita nak memaksanya.”

            Hancur projek ‘100 cara mencintaimu’ aku.

            “Kalau Alan Tanya akak nak cakap apa?” mata mereka bertentangan.




            Azlan meletakkan joystick yang dipegangnya di atas lantai. Terpampang perkataan ‘game over’ di layar televisyen. 

            “Kalah lagi,” masuk kali ini sudah kali ketiga karakternya mati berturut-turut.

            “Nak aiskrim?” soal Ejoe mengusik.

            “Meera ingat bang ni budak-budak ke?” lancar perkataan tersebut keluar dari mulut Azlan. Azlan terdiam. Terkejut dengan tindakan di luar sedarnya. Pandangannya dialihkan ke arah Ejoe yang sudah pasang muka tak percaya.

            Entah kenapa, sejak kebelakangan ini wajah Ameera sering datang mengganggu. Sudah dua minggu kejadian itu berlaku dan sudah dua minggu juga dia tidak melihat kelibat gadis itu.

            “Dah lama aku tak nampak Meera,” tutur Azlan perlahan.

            “Aku pun,” Ejoe turut mengiakan.

            “Dia sakit ke?”

            “Tak tahu. Kau cuba lah Tanya kak Nani,” Azlan mengetuk jarinya di atas joystick. Nampak ketara fikirannya menerawang entah ke mana.

            “Kau dengan Meera ada apa-apa ke?” soal Ejoe pula.

            “Aku? Aku dengan dia kawan je lah,”

            “Meera suka kau,”

            “Aku tahu. Haritu dia pernah cakap,” Azlan menentang pandangan temannya itu.

            “Lepas tu kau cakap apa?” Ejoe tampak semakin berminat dengan topic perbualan ini.

            “Aku cakap yang aku..Aku anggap dia macam kawan je,”

            “Betul ke kau rasa macam tu?” Azlan melarikan pendangannya daripada Ejoe. Semenjak dua minggu yang lalu, persoalan itulah yang asyik berdengung di kepalanya. Betul ke aku rasa macam tu?


           

            Azlan menekan loceng berkali-kali. Berdirinya dia situ pada petang ini untuk meminta maaf kepada Ameera. Entah kenapa, semenjak ketidakhadiran gadis itu di ruang matanya membuahkan perasaan aneh yang sukar ditafsirkan. Apa yang Ameera dah buat pada aku?

            “Meera,” tegur Azlan sebaik sahaja pintu hadapan terkuak. Namun wajah Hanani yang muncul menyebabkan senyuman di bibirnya terasa sedikit mengendur.

            “Alan, ada apa?” soal Hanani ramah.

            “Meera ada kak? Saya nak jumpa dia,” perubahan di wajah Hanani membuatkan lelaki itu mula terasa resah.

            “Meera dah pindah keluar. Minggu depan kan akak dah nak kahwin,”

            “Dia tak cakap apa-apa pun. Dia ada pesan apa-apa tak?” Hanani menggeleng.

            “Akak tahu dia pindah ke mana?” rasa kecil hati apabila juniornya itu pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal.

            “Tak tahu. Meera tak cakap langsung pasal tempat baru dia,” Azlan mengetap bibir.

            “Boleh akak bagi nombor fon dia tak?”

            “Kamu tak ada nombor fon dia?” ada nada terkejut pada suara Hanani.

            “Dia tahu segala-galanya pasal awak Azlan. Tapi benda kecil pasal dia pun kamu tak pernah ambil tahu,” keluh Hanani kecewa. Dia kemudiannya beredar masuk ke dalam meninggalkan Azlan terpinga-pinga di luar.

            “Kenapa kak Nani nak naik angin pulak,” tutur Azlan sendiri.

            Tanda Tanya itu menemui jawapan apabila Hanani tiba-tiba muncul dan menghulurkan kertas kepadanya. Di atas kertas tersebut tertulis “100 Cara Mencintaimu”.

            Azlan membelek helaian kertas tersebut.

            Lima belas: suka warna kuning.

            Dua puluh tujuh: fav band, My Chemical Romance

            Lima puluh lima: suka perempuan rambut panjang. Kalau rambut setakat bahu  ni kira panjang tak?

            Tujuh puluh satu: pernah patah kaki masa kecil dulu

            Lapan puluh enam: takut kelawar. Haha. Comel!

            Sembilan puluh Sembilan:

            Kertas itu terlepas dari tangan Azlan.

BERSAMBUNG....


No comments:

Post a Comment