Monday 4 February 2013

100 Cara Mencintaimu




BAB 6

            Bersendirian di dalam ruang bersegi empat itu merimaskan dirinya. Namun bersesak-sesak di mana kumpulan manusia berkumpul terasa lebih menjerat diri. Sudah sebulan dia terasa kehilangan. Bukan kehilangan gadis itu yang dirasai, tetapi lebih kepada kehilangan diri sendiri.

            Azlan menarik nafas dalam. Jejak Ameera langsung tidak dapat dikesan. Seolah-olah gadis itu tidak pernah wujud, tidak pernah muncul dalam hidupnya. Berkali-kali dia menyumpah dirinya sendiri kerana segala perkara berkaitan dengan gadis itu langsung tidak diambil kisah.

            Bunyi ketukan di pintu biliknya menghentikan segala neuron otaknya daripada terus mentafsir.

            “Kau nak pergi tak majlis Kak Nani ni?” Ejoe muncul siap berpakaian baju melayu. Azlan merenung temannya dengan pandangan kosong.

            “Ejoe, boleh tolong aku tak?”




            Majlis persandingan Hanani berlangsung dengan meriahnya di dalam sebuah dewan di ibu kota. Pasangan mempelai yang berada di atas persandingan itu tampak serasi bergandingan bersama.

            Ameera bangun dari kerusi yang didudukinya. Dia berhajat mahu menepung tawar pasangan pengantin itu. Namun langkahnya terbejat apabila tiba-tiba telinganya menangkap suara di sebelahnya.

            “Berikan ku peluang, terakhir sekali lagi. Untuk membukti kasih sejujurnya di hati. Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna,” lirik lagu Pencinta Terbaik dendangan kumpulan Sofaz dilafazkan tanpa nada.

            Ameera berpusing ke sebelah. Dia tergamam melihat Azlan berada berdekatan dengannya. Tangannya mula memetik gitar dan berjalan menghampiri gadis itu perlahan-lahan.

            “Kaulah insan pertama, berpacaran denganku. Dan bersama ku mahu, masa depan yang kukuh. Maafkan seandainya, ku masih amatur cinta,” beberapa orang tetamu yang berada berhampiran dengan mereka turut menyaksikan adegan itu.

            Tanpa memetik gitar, Azlan menarik tangan menarik tangan Ameera lalu meletakkannya di atas dadanya. Dia terus menyanyikan lagu tersebut tanpa muzik,” Luangkan diri ini lebih masa, melengkapkan kekurangan yang ku ada. Temankan di kala ku memerlukan bimbingan sehingga diri ku menjadi pencinta terbaik,”

            Ameera menggeletar apabila Azlan merenung tepat ke dalam matanya.

            “Di depan saya, ada seorang gadis yang terlalu cintakan saya. Tetapi saya mengabaikannya sehingga membuat dia terluka. Maaf sebab mengambil masa terlalu lama untuk sedar bahawa saya juga telah jatuh cinta pada awak, Ameera,” 

            Ameera terdiam. Dia tidak tahu untuk berkata apa. Sepatah perkataan pun tidak melintasi fikirannya untuk memberi sebarang respon kepada luahan hati Azlan itu.

            “Maaf sebab abang tak tahu 100 cara untuk mencintai Ameera. Abang hanya tahu satu cara je. Dari sini, dari hati,”

            “Aku rasa orang datang harini nak tengok wedding kak Nani. Korang berdua ni spoil la,” sampuk Ejoe yang tiba-tiba muncul.

            Ameera tergelak mendengarkan kata-kata itu. Dia menarik tangannya dari pegangan Azlan tadi. Mereka berdua hampir terlupa di mana mereka berada sekarang.

            “Abang Ejoe! Miss u!” kata gadis itu riang. Ejoe mengangkat tangan kanannya.

            “Sape suruh merajuk lepas tu lari entah ke mana. Kan dah rindu abang,” Azlan berpaling ke arah Ejoe.

            “Dia rindu kau je Ejoe,” Azlan berpura-pura menarik muka.

            “Meera, ada orang jealous la,”

            “Siapa?”

            “Mamat gamer yang bertukar jadi mamat jiwang dalam masa sebulan ni,” balas Ejoe. Ameera tertawa. Tertawa dengan lawak Ejoe. Tertawa untuk menyembunyikan debaran setelah menerima luahan daripada sang pujaan hati.

            “Meera..” Azlan mengalihkan perhatian kepada Ameera semula. 

            “Ya.”

            “Abang dah jumpa cara ke 100 projek Meera tu,” Ameera mengangkat kening.

            “Lari dari dia dan tengok bagaimana gilanya dia mencari aku,” Azlan menarik tangan Ameera sekali lagi. “Do say that U still love me,” katanya perlahan.

            “I do and always do,” balas Ameera sambil tersenyum.


TAMAT.

No comments:

Post a Comment