Tuesday 29 January 2013

100 Cara Mencintaimu





BAB 3
            Ameera menatap bintang yang bertaburan di dada langit menghiasi malam yang sunyi itu. Dadanya terasa sesak. Telah pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Azlan tetapi ternyata jejaka itu langsung tidak terkesan sesuatu yang aneh.

            Seminggu dia belajar memasak mee udang sehingga dia betul-betul berpuas hati dengan rasanya. Hanani dan kawan-kawannya yang menjadi mangsa menghabiskan bahan eksperimentnya itu. 

            “Takkan aku nak cakap kat dia? Tapi kalau aku tak cakap, dia tak tahu pulak. Aduhhhh,” Ameera memanggung dagunya dengan kedua-dua tapak tangannya. Bersendirian di halaman rumah ini menyebabkan perasaannya mudah saja melayang terbang seolah-olah menghilang di balik kelam.

            “Meera!” suara lelaki yang memanggilnya menariknya kembali ke alam reality. Dia berpusing ke belakang lalu mengukirkan senyuman. Ejoe sedang berdiri di halaman rumah sebelah sambil memegang sebuah gitar.

            “Abang Ejoe! Datanglah sini. Kita layan perasaan sama-sama,” mereka berdua tergelak. Ejoe berjalan menghampirinya seraya duduk berdekatan dengan Ameera.

            “Pandai je cakap abang nak layan perasaan,” getus lelaki itu.

            “Yelah dah malam macam ni bawak gitar bagai, tak kan nak buat assignment kot,” balas Ameera. Sekali lagi ketawa tercetus antara mereka berdua.

            “Taklah. Saja je nak main gitar. Lama dah tak praktis,” sambut Ejoe pula. Tangannya mula memetik gitar itu perlahan-lahan. Jari jemarinya dibiarkan bermain dengan irama.

            “Abang Ejoe main, Meera nyanyi, boleh?”

            “Abang tak kisah. Tapi abang banjir kilat melanda kawasan perumahan kita ni,” giliran Ejoe pula yang mengusik Ameera. Ameera mengetap bibir.

            “Main lagu A Thousand Years,” arah si gadis itu tanpa mahu membalas usikan itu.

            “Baik cik puan,” dia mula melagukan melodi lagu Christina Perri itu. Sepenuh perasaan Ameera menyanyikan lagu itu.

            “Apa susahnya Meera. Terus terang je lah kat dia,” tutur Ejoe senada apabila melihat Ameera menyanyi dengan sepenuh perasaan.

            “Cakap apa?” Ahh sudah. Sejak bila pulak abang Ejoe tukar profesyen jadi tukang tilik pulak. Tukang tilik yang boleh meneka hanya dengan lagu permintaan pelanggan. Hehe.

            “Apa lagi. Perasaan Meera kat Alan tu la,” Ejoe masih lagi memetik tali gitarnya. Langsung tidak memandang wajah si gadis.

            “Macam mana abang Ejoe tahu ni?” Ameera mulai cemas. Nasib baiklah malam, kalau tidak memang abang Ejoe dah nampak muka cuak aku macam jumpa hantu tak ada kepala ni.

            “Nampak sangat kot,” Ejoe mengangkat muka sambil tersenyum. “Abang rasa Meera sweet sebab dah buat macam-macam kat Alan tu,”

            “Tapi dia langsung tak perasan,” keluh Ameera. Jelas kedengaran nada kecewa bergetaran di hujung suaranya.

            “Alan tu memang buta, pekak, tuli dalam hal perasaan ni. Langsung tak sensitive orang kata,” Ejoe cuba memujuk juniornya itu.

            “Korang buat apa tu?” tiba-tiba kedengaran suara Azlan dari pintu rumah sebelah.

            “Tengah praktis. Nak masuk battle of the band,” balas Ejoe selamba. Azlan dan Ameera tertawa mendengarkan jawapan spontan itu. Azlan kemudiannya datang menghampiri mereka lalu duduk di sebelah Ejoe.

            “Kau kenapa muka ketat ni?” Tanya Ejoe pula. Jari-jemarinya diteruskan memetik tali gitar semula.

            “Aku kalah main game. Dah tiga kali dah. Tension!”

            “Nak aiskrim tak?” sampuk Ameera tiba-tiba.

            “Meera.. Meera ingat abang ni budak-budak ke?” 

            “Kau ni mengada la Alan. Dah orang nak bagi tu ambil je lah,” balas Ejoe pula.

            “Kau cakap je la kau yang nak. Kan senang,” bidas Azlan.

            “Dahtu kalau Meera ambil nanti kau jangan makan,” Ameera menghilangkan diri ke dalam rumah ketika seniornya sedang saling mengusik. Kurang dari 10 minit, dia keluar membawa semangkuk aiskrim dan 3 batang sudu.

            Sebaik sahaja mangkuk aiskrim diletakkan di hadappan mereka berdua, Azlan terlebih dahulu menyambar sudu yang berada di dalam mangkuk itu. Meletus ketawa Ameera dan Ejoe melihat kelakuan Azlan.

            “Kata tadi tak nak,” usik Meera pula.

            “Abang tak cakap pun abang tak nak,” balas Azlan selamba. 

            “Abang Ejoe! Meera baru nak ambil yang ada chocolate chips tu,” bantah Ameera apabila Ejoe mula mengambil bahagian itu. Ejoe tanpa mempedulikan Ameera menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.

            “Sedapnya Meera!” Ameera menarik muka.

            “Nah,” Azlan menyuakan sudunya yang juga terdapat sedikit chocolate chips di bahagian aiskrimnya. Ameera memandang Azlan dengan penuh persoalan.

            “Kata nak chocolate chips,” sambung Azlan sambil tangannya menyuap aiskrim tersebut ke dalam mulut Ameera. Ameera membuka mulutnya dalam keadaan separa sedar.

            Abang Alan suap aku guna sudu dia! Lepas tu dia guna lagi sudu tu untuk makan. Kalau ini hanya mimpi, jangan biarkan aku terjaga lagi!




            Ameera membuka matanya apabila terdengar bunyi jam locengnya yang bertalu-talu tanpa henti. Kepalanya terasa berat akibat berjaga semalaman menyiapkan assignment. Dadanya berdebar kencang apabila melihat waktu sekarang sudah menunjukkan pukul 9.45 pagi.

            “Abang Alan!” Ameera terus meloncat turun dari katil sebaik sahaja teringat bahawa hari itu hari Rabu. Dia bergegas mencuci muka dan bersiap sekadarnya tanpa sempat mandi. Sebaik sahaja selesai berpakaian, Ameera menarik laptop dan bukunya yang digunakan semalam untuk menyiapkan tugasannya.

            Azlan yang sudah pun berada di atas kerusi batu di luar rumah tersenyum menyambut kedatangan Ameera.

            “Sorry lambat!” Ameera mengangkat tangan kanannya.

            “Baru 5 minit,” balas Azlan pula. Ameera melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu.

            “Hari ni nak belajar apa?” soal Azlan. Dia mengambil laptop Ameera lalu menghidupkannya.

            “Java,” balas Ameera sepatah. Dia menyelak halaman buku dengan pantas untuk mencari topic yang terkandung dalam buku itu. Tiba-tiba buku itu terjatuh ke bawah meja. Azlan tertawa melihat kelakuan Ameera itu.

            “Meera, kenapa kalut sangat ni?” Azlan mengangkat buku yang terjatuh itu lalu diletakkan kembali ke atas meja. Dia kemudiannya tunduk kembali mengambil kertas-kertas yang terjatuh dari dalam buku itu.

            Seketika jantungnya berdetak kencang apabila melihat gambarnya turut berada di antara kertas yang berselerakan di atas lantai. Matanya beralih di antara gambarnya dengan wajah Ameera yang berada di hadapannya.

            “Meera..” panggilnya perlahan. Ameera yang sedang menghadap laptop mengangkat muka. Wajahnya terasa pucat tak berdarah apabila melihat Azlan sedang memegang sekeping gambar di tangannya.

            Dia terlupa untuk menyimpan gambar tersebut di tempat yang selamat. Biasanya dia akan mengeluarkan gambar tersebut dari buku itu tetapi semalam dia terges-gesa menyiapkan kerjanya tanpa sempat mengemas apa yang ada di dalam bukunya.

            “Bagi balik barang Meera,” Ameera menghulurkan tangannya untuk mengambil gambar tersebut.

            “Ni gambar abang,” Azlan menghindarkan tangannya daripada dicapai oleh Ameera.

            “Tu Meera punya lah. Kalau abang nak, abang pergi kedai gambar, cucilah sendiri,” balas Ameera tanpa rasa bersalah.

            “Bukannya abang nak sangat gambar ni. Tapi ni gambar abang. Mana boleh Meera simpan gambar orang lain tanpa kebenaran daripada tuannya,”

            “Gambar artis tu berlambak orang simpan,” Apa bodoh punya jawapan laaa.

            “Diorang tu public figure. Abang ni mana ada apa-apa. Sangat pelik kalau ada orang simpan gambar abang,” Azlan merenung ke dalam mata Ameera.

            Tanpa mempedulikan kata-kata Azlan, Ameera bangun untuk mengambil gambar yang dipegang oleh Ameera. Dalam masa yang sama, Azlan melarikan tangannya. Gambar itu sempat dicapai oleh Ameera tetapi telah terkoyak dua. Mereka berdua terkedu.

            “Sorry,” kata Azlan perlahan apabila melihat wajah keruh Ameera.

            “Kita sambung minggu depan.” Baik aku lari sebelum dia banyak Tanya nanti. Ameera  mengangkat laptop dan bukunya dari meja.

            Mereka berdua bertatapan seketika. Tiada sepatah suara yang keluar mengiringi Ameera berjalan masuk ke dalam rumah.




            Azlan merenung kipas yang sedang berputar laju. Seolah-olah jawapan kepada persoalan yang mengganggu fikirannya itu berada di situ. Sejak dua hari yang lalu, dia langsung tidak bertembung dengan Ameera. Biasanya gadis itu selalu ada menyiram pokok bunga ataupun menjemur pakaian di ampaian sebaik sahaja Azlan pulang dari kelas.

            “Kenapa Ameera simpan gambar aku?” soalan yang memang jelas hanya Ameera saja yang tahu jawapannya.

            “Dia suka aku ke?” semakin difikir semakin kusut. Terasa seperti bumi sedang berpusing pada arah yang bertentangan. Azlan bangun dari kerusi menuju ke luar rumah. Di hadapan pintu langkahnya terhenti.

            “Kalau dia suka aku mestilah dia cakap. Ni tak bagi tahu apa pun,” dia berpusing untuk masuk semula ke dalam rumah.

            “Kau ni kenapa?” soal Ejoe yang menyedari tingkah laku Azlan yang nampak pelik.

            “Tak ada apalah,” balas Azlan sambil menuju ke arah sofa.

            “Kalau ada keraguan, carilah penjelasan. Fikir sendiri tak akan selesai,” Ejoe menepuk bahu Azlan. Dia turut melabuhkan punggungnya di sebelah kawannya itu.

            Azlan bangun semula dari kerusinya. “ Kau nak pergi mana?” soal Ejoe sambil matanya menala ke arah televisyen.

            “Cari jawapan,” balas Azlan sambil tersenyum. Dia beredar keluar dari rumah sambil langkahnya diperhatikan oleh teman serumahnya.

            “Semoga dapat jawapan yang betul,” kata Ejoe sambil ketawa.

            Azlan menekan loceng pintu rumah sebelah perlahan-lahan. Pintu pagar rumah tersebut memang tidak ditutup pada siang hari. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang, Hanani masih belum pulang dari kerja. Memang itu yang dimahukan kerana dia mahu berbicara dengan Ameera sendirian.

            Tidak sampai 3 minit, pintu hadapan dibuka. Ameera muncul dengan muka bosan. Namun riak wajahnya berubah apabila melihat gerangan siapa yang menjadi tetamunya waktu itu. Alamak, abang Alan nak apa ni! Mati lah aku.

            “Meera, abang nak cakap dengan Meera kejap,” kata Azlan. Ameera mengangguk lalu mengikuti rentak Azlan yang sedang menuju ke kerusi batu. Janganlah dia cakap dia nak saman aku sebab simpan gambar dia. Haishhh.

            Mereka duduk saling bertentangan. Seketika hanya sepi yang berlagu di cuping telinga masing-masing.

            “Kenapa Meera simpan gambar abang?” Bisu. Tiada jawapan dari Ameera.

            Aku dah agak! Mesti pasal gambar ni.

            “Meera suka abang eh?” serentak darah menyerbu ke arah muka Ameera. Nampak ketara muka gadis itu berubah menjadi kemerahan.

            Ameera mengangguk perlahan. Nampaknya aku kena mengaku jugaklah ni.

            “Abang pun suka jugak Meera,” Ameera memandang Azlan yang sedang berkata-kata. “Tapi tak adalah abang simpan gambar Meera,” sambung Azlan lagi.

            Ingatkan dia dah faham bila dia Tanya suka tadi. Dia ni betul-betul tak faham maksud aku ke saja je nak main tarik tali.

            “Meera.. Sebenarnya Meera, jatuh cinta pada abang,” Azlan memandang wajah si gadis. Pertama kali ada orang mengaku jatuh cinta kepadanya secara terbuka begini.

            “Abang.. Abang tak tahu nak cakap macam mana,” gilirannya pula yang terasa serba salah.

            “Abang tak rasa perasaan yang sama pada Meera. Abang suka kan Meera tapi tak adalah sampai tahap jatuh cinta rasanya,” perlahan dia bertutur. Bimbang Ameera terguris lalu terasa hati dengan kenyataannya.

            “Eh eh. Tak pe. Meera faham. Tak ada paksaan untuk menyayangi seseorang,” Ameera mempamerkan senyuman.

            “Abang minta maaf Meera. Abang tak rasa apa yang Meera rasa,”

            “Tak pe. Kita masih lagi boleh jadi kawan. Betul, Meera tak kisah,” beria-ria Ameera meyakinkan lelaki itu. Sebolehnya dia tidak mahu hubungan mereka menjadi kusut hanya kerana Azlan telah mengetahui perkara yang sebenarnya.

            Tapi…betul ke aku tak kisah?

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment