Thursday 17 January 2013

100 Cara Mencintaimu



 BAB 2

Ameera melihat jam di pergelangan tangannya, 5.20 petang. Dalam masa lebih kurang 10 minit lagi, Azlan akan sampai. Komputer riba dan beberapa buah buku tebal berkisarkan tentang programming diletakkan di atas kerusi batu di hadapan rumah.

Coding yang telah disiapkan terpampang di layar desktop. Semalan dia mencuba untuk membuat kesalahan dan akhirnya dia Berjaya. Program itu tidak dapat run kerana terdapat error yang kecil. 

            Bunyi enjin motosikal masuk ke dalam pintu pagar sebelah merupakan tanda lakonannya perlu bermula. Dia menatap computer riba seolah-olah langsung tiada terganggu oleh persekitaran.

            “Ameera! Rajin study,” tegur Azlan sambil menanggalkan topi keledar yang dipakainya. Lengan kemeja dilipatnya sehingga ke paras siku.

            Ameera menoleh ke belakang, berpaling kea rah jiran sebelah.Satu, dua, tiga..action!

            “Abang Alan, baru habis kelas ke?” Ameera mempamerkan senyuman.

            “A’ah. Baru habis lab. Ameera buat apa tu?” juga berbalas senyuman dari Azlan.

            “Nak try buat code block. Tapi tak run pulak. Dah recheck berapa kali tak jumpa pulak error kat mana,” keluh Ameera.

            “Kejap, abang tolong tengok,” kata Azlan. Topi keledar yang dipegangnya di tinggalkan di atas rak kasut. Dia berjalan masuk ke dalam pintu pagar sebelah. Azlan datang menghampiri lalu duduk di sebelah si gadis.

            Azlan memandang layar computer dengan serius. Matanya mencerun tanda fokus. Tangannya pula bermain dengan tetikus. Melarikannya ke kiri kanan.

            Dia pakai kemeja stripes warna hitam. Jam di tangan kiri. Bersihnya kuku…

            “Ameera,”

            “Panggil Meera je bang. Nama abang kan tertinggal huruf Z. Nama saya tertinggal huruf A,” kata Ameera selamba. Azlan tersenyum mendengarkan usikan itu. Budak-budak memang nakal.

            “Haa ni Meera, abang dah jumpa dah mana salahnya,”

            “Ya ke? Mana?” soal Ameera bersungguh-sungguh.

            “Meera tertinggal symbol ni,”

            “Laaa. Dari semalam lagi Meera cari salahnya tapi tak jumpa-jumpa,” keluh si gadis.

            Ayat yang betul sepatutnya, dari semalam lagi Meera cuba reka salahnya, akhirnya berjaya. Hehehe.

            “Biasalah, benda macam ni. Abang Alan pun selalu buat salah. Kadang- kadang sebab tertinggal character je,”balas Azlan.

            “Terima kasih bang. Sorry menyusahkan abang,”

            “Eh tak pe lah. Mana boleh tolong abang tolong,”

            “Tapi Meera tengok abang buat senang je. Meera punyalah susah nak catch-up dengan benda ni,”

            “Kena selalu practice la. Abang awal awal dulu pun blur jugak. Biasalah permulaan ni,”

            “Urm kalau Meera mintak tolong abang ajar boleh?” Azlan mengangkat kening. Dia berfikir sejenak sebelum mengangguk.

            “Ok.. Tapi Meera kena belanja abang makan,” Azlan tertawa kecil.

            Hah? Ok? Yes Yes Yes! 

            “Small matter je. Satu rumah abang pun Meera boleh belanja,” Ameera berbalas dengan gurauan.

            “Urm program tu dah run kan? Abang balik dulu ya,” Azlan mulai bangun dari kerusi.

            “Ok. So, bila kelas kita start cikgu Azlan?”

            “Hari Rabu pagi Meera ada kelas tak?” pantas Ameera menggeleng.

            “Ok lah. Rabu, pukul 10,” sambung Azlan pula.

            “Ok abang! Terima kasih,” Ameera melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal.

            Azlan mengangguk. Ameera memerhatikan langkah si jejaka dari belakang.

            “Meera,” tiba-tiba Azlan berpaling ke belakang. Ameera tersentak.

            “Abang nak…” Apa? Nombor telefon aku ke?

            “Mee udang special mangkuk besar ya,” Ameera tergelak besar.

            “Anything for you brother!”

            Sebelas: Rancang benda yang boleh meyebabkan aku selalu berjumpa dengan dia.
Perfectly Done!



            Azlan menyedut susu berperisa strawberry itu perlahan-lahan. Ameera yang memberikan minuman kotak itu selepas gadis itu mengetahui yang dia belum bersarapan. Ameera pula sedang tekun menghadap computer ribanya sambil menekan pelbagai jenis aksara.

            “Sedap tak?” gadis itu mengalihkan pandangannya ke arah Azlan.

            “Boleh la. Abang jarang minum susu,” balas Azlan bersahaja.

            “Aik? Bukan ke atlet kena selalu minum susu,”

            “Bila masa abang main sukan?” Azlan kehairan dengan pertanyaan Ameera.

            “Abang kan main futsal,” Ameera tersengih.

            “Ohh. Main futsal pun jadi keeper je la. Gaya Meera cakap macam abang main angkat berat pulak,” Mereka berdua tertawa.

            “Meera ingat abang ni jenis yang makan breakfast telur separuh masak dengan susu full cream,” usik Ameera lagi.

            “Mengarut la awak ni. Pagi abang minum teh je. Kalau ada roti makan roti. Kadang-kadang tak sempat breakfast pun,”

            Tiga belas: tak suka susu!

            Empat belas: main futsal, jadi keeper

            “Nak breakfast apanya kalau dah bangun tidur pun pukul 1,” suara lelaki tiba-tiba kedengaran dari pagar sebelah. Serentak Azlan dan Ameera menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki sedang berdiri di situ sambil memerhatikan mereka berdua.

            “Aku ni pusing keliling rumah cari kau. Biasanya kalau tak ada dalam bilik mesti layan playstation kat depan tv. Rupanya tengah dating,” selamba lelaki itu meneruskan.

            “Dating la sangat. Dating dengan programming ni,” balas Azlan selamba.

            “Hai makwe Alan. Saya Ejoe, housemate merangkap classmate Alan. Siapa nama awak?” Ejoe melambaikan tangan ke arah Ameera tanpa mempedulikan Azlan.

            “Meera! Saya bukan makwe abang Alan la. Saya junior abang berdua,” Ameera tersenyum.

            Kenapa aku cakap bukan tadi? Kenapa? Kenapa?

            “Eh, ada junior duduk kat sebelah rumah kita? Kenapa kau dulu yang tau dari Aswad. Biasanya Aswad yang sepantas kilat tahu pasal perempuan ni,” Ejoe mula menyoal Azlan.

            “Kebetulan haritu aku baru balik jogging. Terserempak dengan Meera dan Kak Nani. Kak Nani yang bagi tau aku,” balas Azlan senada.

            “Lepas tu kau tak cakap pun kat kitorang?” Ejoe masih tidak berpuas hati.

            “Aku lupa la. Banyak lagi benda yang aku nak fikir,”

            “Sorry la Meera. Alan ni memang macam tu. Tak pernah nak kisah dengan orang keliling dia. Yang dia tau game game game,” Ejoe mengalihkan perhatian kepada Ameera pula.

            “Eh, tak apalah. Tak kisah pun,” balas Ameera.

            “Aku masuk dulu la. Nak mandi. Meera, tolong program kan si Alan tu. Biar terbukak sikit hati dia kat perempuan. Asyik dengan dunia game dia je,” Ameera dan Azlan tergelak mendengar kata-kata Ejoe itu.

            Beres Abang Ejoe! Akan Meera usahakan sebaik mungkin.

            “Abang Alan tak der girlfriend ke?” soal Ameera setelah Ejoe berlalu. Sehabis mungkin dia cuba bertanya dengan nada mengusik. Walhal debar di hatinya sudah menggila.

            “Macam yang Ejoe cakap tadi. I rather commit to the game compare to the woman,” balas Azlan senada.

            Tujuh: relationship status: SINGLE! OH MY GOD! HE STILL SINGLE!

            “Ooo. Jadi betul la apa yang Abang Ejoe cakap tadi,” Ameera mengangkat kening.
            “Yang mana?”

            “Yang abang selalu tak breakfast sebab bangun tidur pun dah tengahari,” Ameera mentertawakan seniornya.

            “Meera!!”
           



            “Betul tak nak akak tolong ni?” Tanya Hanani untuk kali ketiga. Ameera hanya menggeleng. Dia memadamkan api dapur. Mee goreng basah sudah siap dimasak. 

            “Akak, akak tau tak macam mana nak buat mee udang?” soal Ameera. Tangannya cekap memindahkan masakan tersebut dari kuali ke dalam mangkuk besar.

            “Tak tahu la pulak. Google je lah. Dalam internet tu mesti berlambak-lambak,” balas Hanani.

            “Dalam internet tu resepi je. Meera ingan nak belajar cara nak buat dengan orang Penang sendiri. Cuba akak rasa,” Ameera menyorongkan pinggan yang berisi mee goring kepada Hanani.

            “Kat ofis akak ada orang Penang rasanya, nanti la akak try Tanya dia,” janji Hanani pada teman serumahnya itu. Dia menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.

            “Ok. Dah sedap dah,” Ameera tersenyum mendengar kata-kata Hanani itu.

            “Kenapa tiba-tiba Tanya pasal mee udang pulak ni?” soal Hanani kemudiannya.
            “Abang Alan yang nak makan,” jawab Ameera.

            “Ouh,” Hanani mengangkat kening. “ Dah jadi isteri tak rasmi dia eh?”

            “Taklah akak. Haritu Meera mintak dia ajar programming, lepas tu dia suruh Meera belanja di mee udang special,” balas Ameera.

            “Tadi kata nak belajar buat mee udang je kan? Yang specialnya mana?”

            “Special sebab Meera yang buat. Penuh dengan kasih sayang,” Ameera mengenyitkan mata. 

            “Nakal la awak ni,” Hanani mencubit pipi Ameera.

            Bunyi enjin motorsikal di luar rumah mematikan perbualan mereka.

            “Akak rasa diorang dah balik tu,” kata Hanani. Ameera bergegas ke pintu hadapan sambil menggenggam telefon bimbit di tangannya.

            “Good luck dear,” Hanani mengenyitkan mata. Ameera mengangkat ibu jarinya. Telefon diletakkan di telinganya sambil membuka pintu.

            “Apa? Korang tak jadi datang? Habis makanan banyak-banyak tu siapa nak makan?” Ameera melangkah keluar rumah. Ejoe yang sedang membuka topi keledar berpaling. Ameera tersenyum sambil melambai tangannya.

            “Laaa. Lepas tu macam mana ni? Aku dengan Kak Nani mana larat nak habiskan. Urrmmm. Ye lah,” Ameera melarikan telefon dari telinganya.

            “Korang dari mana ni?” Tanya Ameera kepada Ejoe dan Azlan.

            “Main futsal,” balas Ejoe.

            “Dah makan?” soal Ameera lagi.

            “Kenapa?” Azlan yang sedang membuka kasutnya bertanya.

            “Tak, tadi kawan Meera janji nak datang. Meera dah masak banyak dah untuk diorang. Last minute cancel pulak,” Ejoe tersengih mendengar kata-kata Ameera.

            “Banyak ke?” soal Ejoe pula.

            “Agak la. Kalau korang nak makan, jomlah,” Azlan dan Ejoe bertukar pandangan.

            “Boleh jugak,” kata Azlan lalu bangun. Kasut yang ditanggalkan tadi diletakkan di tepi. Kakinya mula menyarung selipar.

            “Sedap tak?” Tanya Ejoe apabila dia dan Azlan berjalan masuk ke dalam rumah.

            “Makan dulu baru Tanya,” balas Ameera.

            “Kenapa?” soal Azlan pula.

            “Kalau sedap Meera yang masak. Kalau tak sedap, Kak Nani la yang masak,” mereka bertiga tertawa.

BERSAMBUNG..

No comments:

Post a Comment