Wednesday 16 January 2013

100 Cara Mencintaimu



BAB 1
          
  Cinta. Semua orang mengaku pernah jatuh cinta, tapi berapa orang yang betul-betul berjuang untuk mendapatkan cinta mereka? Pada aku, mencintai seseorang adalah dengan berusaha membuat mereka bahagia.

            Aku Ameera. Pelajar tahun kedua jurusan Sains Komputer. Sedang berusaha untuk menarik perhatian seorang senior yang sedang berada di tahun keempat dalam jurusan yang sama. Walaupun dia sama sekali tidak pernah mengenali aku, tetapi aku ni jenis yang tak akan mengalah sebelum berjuang.

            “Dipersilakan pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam pertandingan programming tadi,” tepukan yang kuat dari segenap penjuru dewan membawa Ameera kembali ke alam nyata. Dia sedang berada di dalam majlis yang menghimpukan kesemua pelajar kursus Sains Komputer tanpa mengira tahun.

            “Nama saya Azlan. Boleh panggil Alan. Tahun keempat. Saya pun tak…” 

            Dia! Abang senior yang aku minat tu! Duhai hati, jangan berhenti berdegup lagi.

            “Terer la abang buat program tu. Boleh kongsi teknik tak?” seorang pelajar lelaki tiba-tiba bangun bertanya.

            Tinggi standard tinggi lelaki. Tak gemuk tak kurus. Azlan.. nak kata kacak ramai lagi lelaki yang lebih kacak dari dia. Macam mana la aku boleh jatuh hati kat abang ni?

            “Abang Alan, kalau saya nak minta abang ajar tajuk ni boleh?” soal seorang lagi pelajar.

            “Boleh. Tapi kena inform awal-awal la sebab abang duduk kat Desa Permai, jauh sikit dari kolej,” balas Azlan sambil tersenyum.

            Ok. Aku dah nampak aku nak cari rumah sewa kat mana. Desa Permai, here I come!


Ameera menekan loceng beberapa kali. Seorang perempuan membuka pintu depan lalu mempersilakan Ameera masuk.

“Jemput duduk dik. Awak kan yang telefon semalam?” Hanani melabuhkan punggungnya di atas sofa. Ameera mengangguk sambil duduk bertentangan dengan tuan rumah.

“Maaf la dik. Akak tak bercadang pulak nak cari penyewa. Kalau kat lorong depan tu, ada rumah untuk disewa oleh student,” sekali lagi Hanani menjelaskan.

“Saya Ameera. Panggil Meera je. Urm saya seorang pun tak boleh akak? Saya tak jumpa rumah langsung ni. Please…” rayu Ameera.

“Bukan akak tak nak sewakan rumah ni, tapi hujung tahun ni akak nak kahwin. Tunang akak nak pindah ke sini. Sebab tu la akak tak nak cari housemate,” jelas Hanani sambil tersenyum.

“Sekejap pun jadi akak. Sebelum akak kahwin, saya akan pindah. Janji!” Ameera mengangkat tangan kanannya seperti bersumpah.

“Eh, boleh pulak awak cari rumah lain masa tu?” Hanani tersengih.

Aissh. Akak ni boleh tahan jugak daya sensitivity dia.

“Urmm. Pandai-pandai la saya tumpang dekat rumah kawan saya sementara nak cari rumah lain,”

“Mana awak tahu pasal rumah akak ni Meera? Rasanya akak tak ada buat iklan nak cari penyewa pulak,” Hanani kehairanan.
 
Alamak! Nak cakap ke tak?

“Akak, kalau akak bagi saya tinggal kat sini. Sewa rumah 3 bulan, biar saya seorang je yang bayar,” Dah desperate sangat. Ni je cara yang tinggal.

Hanani mengangkat kening,”I can sense that something is not right here,”

Ameera tersenyum. Dia menarik nafas panjang sebelum bersuara.

“Sebenarnya, lelaki yang saya minat tinggal kat rumah sebelah. Tahun ni dia dah tahun empat. Kalau saya tak cuba sekarang, tahun depan saya tak dapat jumpa dia lagi. Ni je satu-satunya cara yang tinggal sekarang. Ada dekat dia,”

Ternganga mulut Hanani mendengarnya. Tidak disangka gadis comel di depannya itu mempunyai keazaman yang begitu tinggi dalam usaha memikat seorang lelaki.

“I see. Urmmm let make’s a deal then. Kalau Meera tak dapat pikat dia dalam masa 3 bulan ni, Meera kena bayar seorang rumah. Boleh?” Spontan Ameera meloncat dari kerusinya lalu memeluk Hanani.

“Boleh tahan nakal jugak awak ni Meera,” getus Hanani. Entah kenapa dia boleh bersetuju dengan gadis itu. Mungkin kerana kata-katanya yang jujur ataupun sinaran matanya yang bercahaya ketika bercerita tadi.

Mereka berdua tertawa. Hanani menghantar Ameera ke muka pintu setelah mereka berdua bersetuju tentang hari Ameera akan berpindah masuk.

“Eh, tu Azlan,” kata Hanani tiba-tiba. Ameera melihat kea rah yang diperkatakan Hanani. Azlan berada di pintu pagar sebelah sedang menuju ke dalam rumah.

Alamak! Unexpected meeting. Macam mana ni? Aku tak tahu nak cakap apa ni.

“Pagi akak! Tak keluar mana-mana ke weekend macam ni?” ramah Azlan menegur jirannya.

“Selamat pagi. Tengah hari sikit nanti keluar. Ni, Ameera. Dia akan tinggal dengan akak mulai minggu depan,”

Fuhhh selamat. Nasib baik Kak Nani dah tolong kenalkan aku.

“Abang Alan kan? Saya ni junior abang. Pelajar tahun kedua,” Ameera mengukir senyuman.

“Eh, awak ni junior saya ya? Tak sangka pulak boleh jumpa kat sini,” riak wajah Azlan nampak terkejut.

“Dah jodoh agaknya,” usik Hanani. Azlan tergelak sementara Ameera merah muka menahan malu.



Ameera mengeluarkan sehelai kertas. Di atasnya tercatat perkataan ‘100 Cara Mencintaimu’.
Satu : nama dia. Done!
 
Dua: berada dalam radius yang sedekat mungkin dengan dia. Done!
Tiga : aktiviti harian dia. Juga Done!

            Jadual kuliah dengan kelas dia tengok dalam system pelajar. Selasa malam dia keluar main futsal. Petang Khamis dia basuh motor, kadang-kadang lepak dengan member dia main gitar. Hujung Ahad pulak, pagi dia keluar jogging, tengah hari sikit dia keluar sampai malam. Maknanya banyak masa dia ada kat rumah sebab kelas dia tak adalah pack sangat. Tapi, dia buat apa eh kat rumah?

Empat: berkenalan dengan dia. Done. Thanks Kak nani. Heheh.

Lima : subjek yang dia mahir.

            Dia terer programming kan? Hurmmm.

            Ameera menguntum senyum.

BERSAMBUNG…..

No comments:

Post a Comment