Friday 14 December 2012

Hujan....




Aku melepaskan sebuah keluhan. Akhirnya, Berjaya jugak aku dapatkan tempat duduk di dalam bas ni. Hujan menyebabkan manusia terpaksa bersaing sesama sendiri tanpa mengira saiz atau jantina. Bukan bermaksud pentingkan diri sendiri, tetapi lebih kepada menuntut hak masing-masing.

            Mungkin pada perempuan, lelaki yang tidak memberi laluan kepada perempuan untuk menaiki bas adalah lelaki yang tidak gentleman. Para lelaki juga ada hujah mereka tersendiri. Jika sentiasa mahu memberi kepada perempuan, entah bila la giliran mereka akan tiba memandangkan mereka hanyalah golongan minority di sini.

            Mungkin inilah yang berada dalam fikiran mereka. Mungkin. Aku hanya meneka. Aku hanya manusia biasa yang tidak bisa menembusi akal fikiran siapa siapa. Pokoknya, aku tidak mahu bias tentang gender. Kita hidup di dalam dunia yang sentiasa bersaing, berlarilah untuk kekal pantas.

            Panjang aku mengelamun. Bas sudah pun melewati dua buah fakulti. Sebuah fakulti lagi dan destinasi yang aku tunggu bakal tiba sebentar lagi. Aku merenung ke luar tingkap, seperti biasa, berkerumunan manusia di hadapan pintu bas, merebut tempat supaya dapat segera pulang.

            Dalam keriuhan ramai, ada seseorang tiba-tiba menarik diri dari kelompok itu. Lelaki itu berundur dua tiga tapak ke belakang. Mengeluh perlahan lalu berjalan masuk ke tempat perhentian bas semula.

            “Comel…..nya,” aku terkaku. Entah kenapa, gelagat si baju hitam itu menarik perhatian aku. Muka orang yang dalam kehampaan pun boleh menarik minat aku. Pelik. Sangat pelik. Seketika, dia mengalihkan pandangannya ke atas, melihat ke arah penumpang di dalam bas. Senyum. Dia senyum. Untuk aku ke? Arghhhh. Berhenti berangan. Layangan senyuman itu untuk lelaki yang berada belakang aku lah. Atau mungkin juga dia senyum sebab dia tahu dia sedang diperhatikan. Jadi lebih baik aku alihkan pandangan ke hadapan sebelum dia mula berfikir yang bukan-bukan.

            “Hana, kau ingat lagi tak budak yang aku cerita tu?” soalku sambil tersenyum. Hana yang sedang melipat kain berpaling ke arah aku dengan ekspresi muka yang berkerut.

            “Yang mana? Ramai sangat la kau cerita?”

            “Yang aku Nampak kat bus stop fakulti engineering hari tu,”
 
            “Yang pakai key chain angry bird ke? Ke yang rambut curly tu?” 

            Aku menarik nafas panjang mendengar tekaan Hana. Ramai sangat ke lelaki yang pernah aku ceritakan kepada dia?

            “Bukan. Yang buat muka hampa sebab tak dapat naik bas haritu,”

            “Oooo. Yang dia senyum kat kau tu ke?” Hana meletakkan kain yang sedang dipegangnya lalu datang menghampiriku.   
     
            “Kau ingat?”

            “Mana tak ingatnya. Malam tu kau bukan main bising lagi pasal dia. Seminggu kot kau asyik ulang tayang cerita saya. Astro pun kalah dengan kau,” bidas si kecil molek itu.

            “Aku bukan apa. Teruja gila dengan budak ni. Dengan dia, aku rasa lain la,” aku memejamkan mata.

            “Ye la tu. Hah, kenapa dengan dia?”

            “Harini kan kelas matematik. Aku Nampak dia la. Kat fakulti engineering lagi. Aku syak dia budak engine la,”

            “So?”

            “Aku ingat nak cari dia,” serentak dengan itu, satu pukulan padu tepat mengenai bahuku.

            “Kau tahu dia tahun berapa?”

            Geleng.

            “Kau tahu dia major apa?”

            Geleng.

            “Kau tahu dia duduk kat kolej berapa?”

            Sekali lagi geleng. Hana menepuk dahinya.

            “Kau tahu budak engine ada berapa ramai?”

            Juga geleng.

            “Satu fakulti engineering ada 500 orang!! Macam mana kau nak cari dia? Nama pun tak tahu.”

            “Usaha tangga….” Belum sempat aku bermadah kata, Hana terlebih dahulu memotong.

            “You know zero about him! Just forget about it,”

            Lupakan. Hana kata lupakan.Tapi……

            Dalam seminggu, aku hanya ada dua kali kelas matematik. Kelas matematik aku dekat fakulti kejuruteraan sebab bilik pensyarah aku kat situ. Jadi, untuk memudahkan kerjanya, kami yang diminta datang ke sana. Dari fakulti kimia, kami terpaksa bergegas menuju ke fakulti kejuruteraan. Kalau berjalan kaki memang boleh mengundang tangisan kerana memakan masa lebih kurang 20 minit dan pensyarah aku tu jenis yang menepati masa. Lewat seminit pun sudah tidak dibenarkan masuk. 

            Hari ini, bas sesak lagi. Ada ke waktu bas tak penah sesak? Eh, hujan ke kat luar? Bila pulak hujan turun ni? Dahla tiba-tiba turun lepas tu lebat. Aku bukan tak suka hujan tapi hari ni aku tak bawa payung. Pagi tadi aku kelam kabut sebab ada lab presentation. Dengan tahap hujan sebegini, memang boleh lencun la. Perlahan, aku mencari kawan-kawan sekelas. Mahu tumpang payung kata kan. Tapi hampa. Ni semua sebab bas sesak sangat. Tak Nampak apa-apa!

            Bas dah berhenti. Nak turun ke tak? Kalau turun mesti basah. Tapi aku dah datang kat tempat ni. Macam tak ada alasan realistic campur logic untuk diberikan kepada pensyarah aku tu. Dengan mengemukakan alasan saya-dah-sampai-tapi-saya-patah-balik-sebab-hujan-lebat-sangat- aku rasa, sampai penghujung semester ni pun dia tak akan bagi aku masuk kelas dia lagi.

            Apa boleh buat, terpaksalah turun. Sebaik sahaja kaki kanan ku mulai memijak jalan tar, aku memejamkan mata, bersedia menerima tujahan hujan di atas kepala. Ehhh, kenapa tak rasa basah? Takkan hujan dah berhenti. Aku mendongak ke atas. Sejak bila pulak langit dah bertukar jadi warna putih? Siap ada tulisan lagi. Pantas aku berpusing.

            Lelaki itu. Lelaki yang comel apabila membuat muka hampa! Lelaki yang Hana kata mustahil untuk aku cari. Dia berdiri di belakang ku, memegang payung sekaligus memayungi aku. Aku terkaku. Kalau ini mimpi, tolonglah jangan terjaga lagi.

            “Awak, cepat sikit jalan. Orang lain nak keluar,” kata-katanya menggembirakan aku, kerana aku sedar, ini bukan mimpi.

            Aku melangkah. Dia juga melangkah. Kami beriringan beredar dari situ. Tiga langkah, dia berhenti. Apa dia tidak mahu berjalan dengan aku lagi?

            “Awak, kelas saya kat depan tu. Kelas awak jauh lagi kan? Awak ambil la dulu payung ni,”dia menghulurkan payung itu kapadaku.

            “Bila saya nak hantar payung ni kat awak?”hangatnya besi ni. Mungkin aku terpegang tempat yang sama yang dia pegang tadi.

            “Isnin. Awak ada kelas kat sini kan hari Isnin,”

            “Macam…”

            “Saya pergi dulu. Nanti lewat pulak. Jumpa nanti,” katanya lalu berlari meredah hujan. Dekat tapi dia tetap kebasahan. Dan aku juga mula berlari kerana aku baru teringat yang aku akan dikunci di luar kelas jika terlewat tiba nanti!

            Aku berjalan perlahan menghampirinya. Dia sedang berada di bangku sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Sesekali dia tersenyum melihat skrin. Lagaknya seperti seseorang yang dilamun cinta. Adakah dia dah berpunya?

            “Awak, sorry lambat,” kata ku sebaik sahaja aku berdiri di hadapannya.

            “Awak, tak perasan pulak. Tak pe. Saya pun baru je sampai,” dia turut berdiri.

            “Nah payung awak. Terima kasih,” payung bertukar tangan. Tiada lagi urusan antara aku dengannya. Adakah kisah ini akan berakhir di sini?

            “Awak ni sombonglah,” aku mengerutkan muka.

            “Dah dapat payung, langsung tak nak Tanya nama tuannya?” dia tersenyum. 

            “Errr…”aku tak tahu bagaimana untuk bertanya. Sah sahla aku gagal dalam bab berkomukasi dengan jejaka comel sebegini.

            “Nama awak apa?”kenapa dia pulak yang Tanya aku?

            “Hah?”dia tergelak. Dia ni kenapa?

            “Awak ni. Nak harapkan awak Tanya nama saya, memang tak lah kan. Bila saya Tanya nama awak, awak blur pulak,” aku tersenyum. Segannya. 

            “Baiklah. Nama saya Fakri. Saya terpaksalah cakap walaupun awak tak Tanya. Nama awak apa?”

            “Saya…Atilia,” jawabku sepatah.

            “Awak, kelas saya dah nak mula dah. Saya pergi dulu ya?” lancar sahaja mulutku berbicara walaupun hatiku merasakan sesuatu yang bertentangan.

            Dia menganggukkan kepala. Begitu je? Tak mahu halang aku? Mohon pasrah Atilia. Mungkin dia hanya membantu aku atas dasar seorang manusia. Aku mahu melangkah menuju ke kelas. Serentak dengan itu, aku Nampak Rita berjalan membawa buku.

            “Atilia!! Kelas hari ni batal!!” jerit Rita kegirangan.

            “Yes!” aku menggenggam tangan tanpa langsung teringat akan kehadiran Fakri di situ. Aku berpusing ke arahnya. Dia sedang memandangku sambil tersenyum. Muka hampa ke muka senyum? Muka senyum lagi comel kot.

            Aku melangkah mahu pergi mengemaskan barang, mahu pulang dan bercerita kepada Hana tentang Fakri tetapi langkahku terbejat apabila terasa tanganku ditarik.

            “Kan tak ada kelas, awak nak pergi mana?” soal Fakri.

            “Kemas barang. Balik,” kataku luhur. Serentak dengan itu, gerimis mulai menitis perlahan. Fakri menarik tanganku, membawaku berlari, mencari tempat untuk berlindung.

            “Hujan,” katanya dalam kemengahan.

            “Biasalah. Hujung tahun. Memang musim hujan,” balasku sambil menarik tanganku dari pegangannya.

Namun, aku perasaan sesuatu. Genggamannya semakin erat.

            “Sebab hujan lah kita bertemu. Pernah tak awak terfikir, sepanjang waktu kita terserempak, adakah ianya hanya kebetulan?”

            “Mungkin,” kataku keliru.

            “Kali pertama saya Nampak awak ketika awak dalam bas, memandang ke arah saya. Masa tu, jantung saya berdegup. Saya senyum, tapi awak tak balas. Awak pandang depan. Selepas detik itu, saya cari awak. Saya cuba walaupun mustahil. “

            “Awak…apa yang…”

            “Atilia, please. Let me finish this first.” Aku mengangguk perlahan. Dia tersenyum lagi.

            “Saya suka awak Atilia. Lepas saya tahu awak ada kelas kat sini, saya selalu usha awak. Awak je yang tak perasaan. Mungkin bunyinya menakutkan, tapi saya suka awak,”

            Aku terdiam. Tidak tahu hujung punca untuk mencari kata. Dia merenungku, menantikan jawapan. Pada saat ini, aku sangat berharap yang dia dapat membaca fikiran ku. Betapa aku gembira menerima pengakuan sebegitu.

            “Atilia…?”

            “Saya pun rasa… rasa benda yang sama,” 

            Dia tersenyum. Aku pun tersenyum. Hujan turun dengan rancak membasahi bumi. Hujan. Aku suka hujan.
           

           

           
           
           

4 comments:

  1. Dati mata turun ke hati...
    dan hujan cinta turun mencurah-curah..


    teruskan lagi..



    -Nico Robin-

    ReplyDelete
  2. sepatutnya ayat tu kena tambah lagi dalam cerita.

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. best arr citer nie..tp syg bkn dkt usim..hehe..

    ReplyDelete
  4. hahaha. fiefa nak dekat usim ke? nanti kita buat. haha

    ReplyDelete