Wednesday, 23 May 2012

beza antara suka,sayang,cinta


Salam petang! Dah lama aku tak menulis,dan aku berkira-kira nak tulis pasal subjek perasaan hari ni. Wow wow wow *bunyi tepuk tangan*. Cakap pasal perasaan ni sebenarnya susah nak cari kata2 untuk mengekspresikan benda(?) tu.
Hurm..*ketuk2 keyboard*
Suka? Suka ni biasanya adalah apabila korang tengok seseorang dan rasa macam:
“Cantiknya dia pakai tudung berbelit gitu,”
“Tough betul laki yang main basket tu”
“Bulat giler mata dia weh!”
Dan sebagainya.
Suka ni sebenarnya adalah mainan perasaan saat korang tengah sunyi *tembakan tepat kena ke jantung*. Kalau aku, aku lebih senang suka pada anymomous. Orang yang aku tak kenal. Makanya aku hanya melihat kepada watak luaran dia saja. Bila dah tau nama,laju je pergi add fb ataupun follow twitter. Lepas buat ulangkaji (baca:stalk) dah tahu dia dah berpunya terus unfriend dan unfollow beliau. =.=
But wait! Nasihat aku,jangan la ikutkan sangat perasaan patah hati tu *padahal orang tu tak tau apa2 pun!* biar je la dia berada dalam list friends korang. Mana tahu, satu hari nanti dia breakup,boleh la korang masuk line. Orang yang baru clash ni,tendency untuk dia cari pengganti cepat2 adalah tinggi. Tapi ni bergantung pada orang la. Aku tak, aku jenis setia. Heh.
Kesimpulannya, suka ni tak ada apa2 pun sebenarnya. Bila dah bosan usha guy yang main basket, rasa nak tengok guy yang suka blogging pulak, ye tak? HAHA. Korang boleh je suka beberapa orang dalam satu masa. Suka je pun,bukan nak kahwin dengan dia.
Ok next topic *bunyi jari dipatah2kan*
Sayang. Ni bukan gelaran yang korang panggil untuk kekasih korang,bukan bukan bukan. Sayang yang aku nak cerita ni adalah pengenai perasaan yang bergetar dalam hati manusiaß------ayat bajet sweet.
Situasi sayang ni boleh timbul bila kau dah selalu lepak dengan orang tu. Boleh dikatakan rutin harian korang selalu dengan dia. Dah jadi habit bangun pagi mengadap muka dia dan sebelum tidur pun baca text yang dia hantar sebab nak remind kat korang yang dia nak pinjam report Fizik misalnya. Damn.
Sebab tu,bila aku nak kawan dengan laki,aku kena tahu status seseorang tersebut. Bujang,bertunang atau beristeri dua misalnya. Bila aku dah tahu yang dia dah ada somebody-yang-dia-boleh-panggil-sayang,aku sayang kan dia sebagai seorang kawan je la. Simple right? Baru la tak ada kes orang ketiga. Kau rampas boyfriend aku, aku rampas boyfriend dia. Ehem ehem.
 Aku paling panas telinga kalau dengar pasal orang yang rampas boyfriend orang. Tolongla belajar respect hubungan orang lain. Banyak lagi orang2 yang perlukan kasih sayang (baca:single) kat luar sana tu. Nak aku kenalkan? Kalaupun kau suka sangat kat dia, slow2 la. Tunggu la dia putus dulu ke. Tak pun kau kawan2 dengan dia, tunjukkan kebaikan kau. Kalau kau betul bersungguh2 dia perasaan punyalah nanti. Jangan la main rampas macam tu,tak gentle ok?
Habis pasal sayangß----lama giler aku tak taip perkataan ni, nasib baik reti lagi eja.HAHA. Kita cerita pasal cinta pulak. Tolong jangan salah faham, Cinta kat sini bukan Cinta dalam cerita Ada Apa Dengan Cinta. Kalau tak tahu cerita tu,sila google.
Cinta ini adalah stage yang paling susah nak dapat kot? Cinta pandang pertama? Aku rasa aku tak percaya. Macam mana kau boleh jatuh cinta dengan orang yang kau tak kenal? Tengok2 orang tu tak sesuai dengan kau ke. Please, be matured.
 Perasaan berdebar2 bila tengok orang tu? Itu hanyalah hormone semata2. Sila rasa kecewa. Sebabnya, lelaki dan perempuan ni memang macam magnet. Mudah menarik dan ditarik. Dan mudah juga hilang kemagnetannnya bila dah clash. HAHA.
Cinta ni adalah bila kau dah kenal orang tu. Ambil masa sekurang2nya 6 bulan. Nak lebih pun tak apa. Ingat senang ke nak bagi hati kat orang lain? Ingat senang? Bila kau dah kenal,kau kena try test dia dulu. Tengok macam mana dia handle kau masa kau tengah marah, macam mana dia push kau bila kau dah down. HOHO.
Kalau kau rasa cara dia ok dan kau pun sure dia suka kat kau,boleh la bagi hint kat dia. Mestilah nak laki yang confess dulu kan? Tapi kalau kau nak confess jugak aku tak larang. Cuma sebelum tu kena bersedia untuk terima respon positif atau negative(macam mana boleh jadi negative sedangkan tadi dah sure dia suka kita jugak?) dari dia.
Respon negative boleh timbul sebab dia terkejut sebab korang cepat sangat Mungkin dia masih nak berada dalam stage tarik tali lagi. So,pandai2 lah bincang dengan dia sebelum korang rasa sayang-nak-mati dekat dia. Yang paling penting di sini,jangan cepat sangat nak mengakui yang korang jatuh cinta. Pada aku:
Sesuatu perhubungan yang tidak mencapai jangka waktu 3 bulan itu adalah bukan hubungan percintaan.
Mungkin jenis yang macam ni adalah jenis yang sunyi,saja nak test power ayat mengorat,rasa suka tapi tak sure dengan perasaan sendiri *eh?*
Cinta ni bukan semata2 nak panggil bie,sayang kat pasangan korang. Bukan juga sebab korang tengok orang lain ada boyfriend,korang pun nak cari boyfriend(jenis yang tak ada pendirian).
 Cinta ni bila korang ada masalah,korang share dan bincang cara untuk selesaikannnya. Bila korang rasa down-to-the-earth,tapi orang tu still push korang dan bagi semangat. Bila dia sanggup text korang masa tengah buat kerja sebab dah dah lama korang tak text dengan dia. Sanggup tanya khabar korang walaupun dah pukul 3 pagi.
Oppss makin lama aku makin melalut. Abaikan ayat2 tersebut. Abaikan.
Cinta itu sendiri adalah perkongsian. Perkongsian hidup antara aku dan kau. Cinta itu adalah tanggungjawab di mana kebahagiaan pasangan tu adalah keutamaan dalam perhubungan.
Jadi konklusinya, pastikan dulu perasaan korang tu berada dekat stage mana. Jangan mudah nak update status fb cakap aku dah jatuh cinta. Padahal crush je. Hehe
Hilang orang yang kita sayang,sakitnya tidak lama,sedihnya sementara. Tapi bila hilang orang kita cinta,dunia rasa gelap seakan dia seorang je yang mampu bagi balik dunia kita yang telah hilang.
*bunyi ombak*



No comments:

Post a Comment