Saturday, 26 May 2012

Seri Tertangguh

Me and another book to read. Hee. Semalam my mum bawak balik satu buku. Dia cakap sepupu aku yang kirim. I love my cousin soooo much. Bila dia ada buku baru, sama ada dia beli ataupun pinjam dengan kawan dia, dia akan bagi aku pinjam lepas dia baca. Mungkin dia tahu perangai aku yang super kedekut plus hanya beli buku yang aku mahu baca sahaja.

Aku pun tak tahu bila perangai ni dapat dikikis. Dengan ilmu pun nak berkira? *geleng2 kepala*. Bila aku beli buku baru,aku pun tak lupa akan bagi dia baca. Kitorang buat system bater. HAHA. Even dia dah kahwin sekarang dan dah ada anak satu, dia masih tak lupa nak bagi aku buku. Tapi kebanyakkan buku yang aku beli,dia tak berapa suka. Dia cakap bosan,berat dan plot yang terlalu perlukan perhatian.

Dia lebih sukakan buku yang santai dan menjurus ke arah pencintaan. Aku banyak baca karya pasal percintaan pun sebab pengaruh daripada dia. Tapi bagus juga,sebab dari situ aku boleh belajar macam mana keadaan orang yang bercinta. *Ehem ehem*. Tapi bila aku beli buku,aku pilih yang percintaan yang tersembunyi. Silent love.

Contohnya bila watak lelaki dan perempuan yang sentiasa bersama2 dan tanpa disedari mereka jatuh cinta. Lepas tu dua2 makhluk (baca:watak) tersebut keras kepala + degil tak nak mengaku yang diorang dah tangkap cintan. Masa ni keluar watak ketiga yang akan menyebabkan mereka sedar yang mereka sebenarnya suka satu sama lain. Sooo sweeeeeetttt!!!

Macam kita tak tahu yang sebenarnya orang tu sayang kita,tapi dia tak nak tunjuk. Tapi kita dah boleh agak dengan cara dia layan kita dan kita pun bajet nak tunggu dia confess.*Uhuk uhuk uhukßbatuk yang semakin menggila*.Ok sudah bercerita pasal cinta dan kasih sayang. Aku sepatutnya menjadi lebih serius dan sinis.

Oh ya,buku baru yang ada di tangan aku sekarang ni bertajuk Seri Tertangguh tulisan Nizam Zakaria. Buku ni santai dan selalu buat aku tergelak walaupun lawak tidak termasuk dalam genre buku ini. Buku ini sinis dan banyak fakta yang pelik2. Based from this book,aku rasa penulis ni memang banyak membaca. Dan,aku terpaksa mengakui yang aku lebih sukakan penulis lelaki kerana tulisan mereka sinis,santai dan bersahaja. Ahadiat Akasyah contohnya.

Buku Man Are From Mars,Woman Are From Venus itu masih belum habis lagi aku baca. Bila dah sampai ke bab lelaki gelang getah dan perempuan punyai ombak,aku sudah pening. Aku rasa aku terpaksa berhenti baca buku tu untuk seketika. Kebanyakkan benda kita kena lebih bersabar kan supaya dapat hasil yang terbaik? So aku bukan setakat baca buku tu tapi aku kena digest dan fahami betul2 apa yang penulis tersebut mahu sampaikan.

Aku tak tahu kenapa,kebelakangan ini aku sudah tidak boleh bertahan lama apabila membaca. Aku mudah penat dan pening walaupun baru menyelak 80 halaman. Dulu,aku pernah menghabiskan novel setebal 450 muka surat dalam masa satu malam. Tak tidur weh! Memang muka aku macam zombie keesokkan harinya. Adakah aku sudah tua? Tidak!! Aku masih dalam lingkungan belasan tahun. Jadi kenapa aku mudah terganggu sebegini?

Mungkin kerana kitaran tidur aku yang terbalik menyebabkan jam biologi dalam badan aku pening dengan kondisi pemilik tubuh ini. Atau mungkin kerana tabiat pemakanan yang aku adaptasikan iaitu makan-ikut-suka-pada-bila2-masa. Keadaan sekeliling tidak boleh dipersalahkan kerana di rumah adalah lokasi terbaik untuk membaca. Aku harap yang aku tak akan menerima kenyataan yang aku perlu memakai cermin mata. Sekurang2nya tidak buat masa sekarang.

Jadi,aku mahu undur diri untuk meluangkan lebih masa kepada buku ini. Bertimbun2 plot yang terangka di dalam kepala tetapi aku tidak tahu yang mana satu yang perlu aku mulakan dulu. Gaya penulisan yang tidak static adalah salah satu sebab kenapa aku sukar untuk memulakan sesuatu karya penulisan.  Sekali lagi,terima kasih kepada sepupu aku yang tak jemu meminjamkan aku buku dan sanggup membaca karya aku sambil berkata “Bagus cerita ini,” walaupun aku tahu tulisan tersebut selayaknya dibuang ke penjuru dinding sahaja.


No comments:

Post a Comment