Wednesday, 23 May 2012

aku buku.buku aku.papelah!


Tadi aku pergi kedai buku dan beli buku ni :
Men Are From Mars, Woman Are From Venus. Heh. Tahu buku ni dah lama tapi aku baru ada perasaan nak beli. Tapi sayang,hanya ada yang versi Bahasa Melayu. Aku prefer yang English version sebenarnya sebab selain daripada dapat ilmu dalam buku tu,aku boleh belajar pasal grammar. Tak guna nak cakap banyak lagi dah,aku dah beli pun.
Masa aku nak bayar,akak kat kat counter tu pandang semacam kat aku. Aku pergi sana tadi tak touch up pun. Pakai bedak Johnson’s baby yang warna ungu tu je kat muka. Dahla bawah mata hitam bagai. Dengan muka yang pucat. Nasib baik aku tak beli buku pasal break up,kalau tak memang epic giler la. HAHA.
Lepas tu,aku try intai buku Sunan Musafir,tak keluar lagi. Hurm,aku jarang nak beli novel melayu terutamanya yang pasal cinta2 ni.Kalau orang beli aku baca je.*dasar kedekut.haha* Sebab aku rasa plot penceritaan lebih kurang sama. Mesti ada orang ketiga yang jahat,nak rampas harta lepas tu pakat dengan parents hero/heroin nak kenakan pasangan diorang. Kliche. Sangat2 kliche.
Tapi memang reality macam tu kan? Orang ketiga tu mesti nak ada ikut mana2 pun. Agaknya diorang tak pandai mengira kot. RELATIONSHIP INVOLVES ONLY 2 PEOPLE. A MAN AND A WOMAN. *capskan nak suruh Nampak tegas.haha* .Habis cerita pasal orang ketiga. Asalkan aku tak pernah jadi orang ketiga sudah.
Dan tadi bila aku masuk dalam kereta,adik aku beria cakap pasal kawan dia yang ada ramai secret admire.
“Budak2,”bisik aku dengan sinisnya dalam hati.
Tiba2 adik aku ambil buku yang aku beli dan baca decription kat belakang. Lepas baca,dia gelak.
“Kalau setakat nak cari boyfriend,tak payah nak baca buku la. Tanya aku je,” Masa tu kalau tak ingat dia tu adik aku,aku memang dah niat nak hempuk buku tu atas kepala dia. Tapi aku diam je. Buat bodoh. Dia tu makin dilayan makin menjadi2.
Dan untuk membetulkan statement adik aku, aku beli buku tu bukan sebab nak cari boyfriend kea pa. Aku suka baca buku pasal psikologi. Tu je. Tapi tapi tapi,kalau ada buku pasal “How To Make _______________*nama sebenar dia* Yours” memang aku beli. HAHA.
Tapi kan Fatin, cinta ni bukan boleh dibeli hanya dengan baca buku. Bukan dengan jadi yang terbaik untuk dia. Semuanya bergantung atas dia. Kalau dia nak,semua jadi. Ohhh...
Kembali ke alam nyata. Point aku sebenarnya ialah aku beli buku yang aku rasa nak baca. Dulu aku pernah beli buku Bisik-bisik Perkahwinan. Tapi tak bermakna yang aku nak kahwin esok kan?HAHA. Yang ni lagi gempak sebab ramai giler yang tau aku beli buku ni. Kena bahan pasal buku ni adalah perkara biasa bagi aku masa tu.
Alaa chill la guys. Baru beli buku,kalau aku pergi beli cincin emas macam mana gamaknya ya? *tangan di dagu,mata ke atas*. Hari ni aku nak baca buku relationships,esok lusa mungkin aku nak baca buku politic ke pulak? People changes right? Yang penting guna ilmu yang korang dapat dalam buku tu.
                                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment