Masih belum terlambat untuk aku ucap, Selamat Datang Bulan Julai !
Blog
dah lama tak update, nak cakap sibuk buat dengan menulis cerita tak jugak.
Sampai sekarang tak bergerak-gerak. Sebabnya idea aku hilang melayang entah ke
mana.
Entri
ni adalah entri sedih. Aku malas nak cerita dekat kawan2 aku, so aku tulis
dalam blog je lah. Sebab aku tahu,kalau aku cerita mesti diorang akan marah aku
balik. Biarlah aku sedih sorang2
daripada hilang kawan. Aku jugak yang cari pasal dulu.
Semalam
ada kawan aku ajak pergi satu tempat ni. Aku memang dah excited sebab dulu aku
memang nak sangat pergi sana dan jumpa dengan seseorang ni. Tapi masa tu aku
rasa harapan aku tu tinggal harapan je la. Macam impian yang tak mungkin
tercapai.
Yang
paling best nya, orang tu pun dah on nak jumpa dengan aku. Tapi tiba2 kawan aku
cancel pulak. Aku sedih sebab banyak
benda. Aku sedih sebab aku memang
dah lama nak jumpa dia. Aku sedih
sebab aku memang rindu sangat kat dia. Aku
sedih sebab aku tahu yang dia pun nak jumpa aku jugak.
Aku sedih sebab aku sedih. Aku sedih sebab
aku tak jumpa sebab untuk gembira. Tapi aku tak adalah nak salahkan kawan aku
tu. Aku sedih sebab aku tak mampu
nak buat benda tu seorang diri. Aku
sedih sebab aku tak tahu macam mana nak dapatkan apa yang aku nak.
Konklusinya
aku sedih. Aku sangat sangat sangat
sangat berharap nak jumpa dia sebelum sambung balik study. Ataupun kalau nak
demand lagi, nak sambut birthday dengan dia tahun ni. Haha. Mengada-ngada
betul. Sebabnya tahun ni dah last birthday dalam umur belas.
Aku sedih sebab aku tak boleh nak bagi
tahu dia semua ni. Aku sedih sebab
aku nak dia tahu. Tapi aku tahu yang aku tak akan pernah mengatakan kepadanya
semua benda ni. Aku sedih sebab
semua benda ni aku simpan sendiri dan harap dia akan tahu. Aku sedih sebab aku tahu yang dia tak akan pernah tahu semua ni.
Banyaknya
perkataan aku sedih. Heee. Dahla, aku betul2 sedih ni. Tak
de mood nak tulis Haha ke apa. Bye.
No comments:
Post a Comment