PASUM?Aku tak penah terfikir pun
akan study kat sana.Cakap betul,aku tak pernah dengar pasal benda ni sampai la
hari aku isi boring UPU.Sebab aku pilih tempat ni sebagai pilihan pertama
adalah kerana teringat kepada pesanan seseorang, “Nanti kau mintak la
asasi,setahun je.Lepas tu boleh terus sambung degree.”
So,hari ni nak cerita sikit pasal
pengalaman masa study kat PASUM dulu beberapa bulan yang lepas.Aku tak
tua lagi lah!First of all,korang semua akan lalui Minggu Haluan Siswa.Dulu
kecut perut jugak sebab ada yang gelar minggu tu,Minggu Helluan Siswa!HAHA.Masa
tu lah kena rushing gila.Activity full tolak time makan,solat dan tidur.Start
from 6.30 pagi sampai 2.30 pagi.
Dahla panas,penat,mengantuk.Masa ni
lah rasa macam nak balik.Tapi standard la benda-benda macam ni.Dengan PP yang
garang..erks..tapi malam last tu paling best.Ada persembahan pada malam
penutup.Masa ni lah terasa kemanisan aktiviti semua.Dah habis MHS,mula lah
rindu PP semua.Rindu aktiviti.Hehe.Tak caya?Tunggu la nanti.
After that,belajar lah.Kelas full
dari jam 8 sehingga 5 petang.Lecture,tutorial,lab.Mula-mula fed up jugak sebab
hari-hari macam tu.Weekend pulak buat tutorial je
memanjaaaaaaaaaaaannnnnnnnngg. Tapi kat PASUM lah aku belajar erti persahabatan,toleransi,macam
mana nak survive kat tempat orang.
Some memoirs at PASUM:
·
Buat tutorial Math sampai 5,6 helai kertas
·
Daki anak tangga yang bertingkat-tingkat tu
tiap-tiap hari
·
Balik petang dalam hujan
·
Kalut buat tutorial malam-malam sebab esok nak
kena hantar
·
Pinjam report kimia roommate*thanks a lot ya
Farah Hanan(emotikon senyum)
·
Naik LRT*ingat lagi masa first tyme
naik.hah.macam........
·
Study sampai pukul 3 pagi kat kafe
·
Esoknya sambung lagi dari pukul 11 pagi sampai 5
petang
·
Beria buat past years sebelum exam
·
Library sampai pukul 10 malam
·
Dengar cerita hantu on the way balik dari
library*sumpah aku kecut perut masa tu
·
Belajar makan aiskrim yang dah cair*eh?
·
Ada orang belanja western pada tarikh 29.2.2012*tunggu
la 4 tahun lagi,nanti aku belanja balik
·
Turun tasik pagi-pagi buta*hahahahaha
·
Oh,soalan test bio dari Amal
·
Daki bukit kat API *chill
·
KLCC,Mid,Masjik Jamek,TS
·
Pesta Konvo kat DTC
·
Luahan perasaan bersama Amal di tasik sambil
makan aiskrim lepas Isyak
·
Bercerita dengan roommate sampai tak sedar dah
pukul 3 pagi
·
Stalking!
·
Sentap lambaaaaaattttttttttt
·
Skor A*haha..jutawan!
·
Sesi pinjam meminjam report kimia kat depan
kedai fotostat
·
Sesi belajar matematik
·
Naik kereta pergi dewan peperiksaan
·
Tertinggal kunci loker dalam loker
·
KK11*banyak kenangan kot kat sini
·
Pengalaman puasa kat tempat orang
·
Malam Emas
Macam banyak
sangat nak list semua.Maybe aku akan buat novel untuk cerita pasal PASUM
ni.Tapi sekarang aku macam malas.Malas nak fikir nama nama yang sesuai.HAHA.
Ok,then.Itu je
untuk kali ni.Akhir kata,aku rindu roommate,aku rindu group R2,aku rindu group
HAYAT 1,aku rindu 8 beradik,aku rindu KK12 dan aku rindu PASUM.Akhirnya mengaku
jugak walaupun selama ni asyik mengamuk nak balik.HAHA
No comments:
Post a Comment