Sunday, 6 May 2012

menangis

-->
Raisya merenung lelaki yang berada di hadapannya.Tercungap-cungap bagaikan tidak cukup nafas.
            “Kenapa terburu?Tidak sabar untuk bertemu?”soalnya nakal sebaik sahaja lelaki itu duduk di hadapannya.
            “Kita perlu berbicara,”balas lelaki itu tanpa segarit senyuman.
            “Tentang apa?”       
            “Tentang kita.”
            Sepi. Masing-masing saling berbalas pandang. Namun akhirnya lelaki itu mengalah. Membuang pandangannya jauh ke hadapan.
            “Kita,putus!” bulat mata Raisya mendengarkan kata-kata yang umpama hukuman mati itu.
            “Tapi kenapa?”
            “Kamu tidak akan faham,”
            “Kamu jemu dengan sikapku? Menjerit bila marah,marah tanpa usul periksa,begitu???”
            “Kamu sendiri yang mengatakannya,”
            Raisya menahan sebak. Air mata yang hampir mengalir diseka. Dia tidak mahu Nampak lemah di hadapan lelaki itu.
            “Kenapa baru sekarang?Kenapa tidak dari dulu?”
            “Kerana dulu aku mencintaimu,”
            “Sekarang??”
            Sepi lagi.Air mata yang diseka tadi mengalir juga akhirnya.
            “Kamu sering begitu. Menangis. Apa menangis boleh menyelesaikan masalah?”
            “Aku memang begini sejak dari dulu!”
            “Itu sebabnya aku mahu kita putus,” lelaki itu bangun lalu menolak kerusi. Pergi meninggalkan si gadis yang berada dalam linangan air mata.
            Raisya menyapu air mata di pipinya. Sekeping kertas putih di atas kerusi menarik perhatiannya. Dibuka kertas yang sudah digumpal.
            Ahmad Daniel,
            Kanser tahap ketiga
            Tangisan yang mulai surut tadi kembali menggila.
            “Aku terasa seperti tertinggal sesuatu tadi,” suara lelaki itu yang tiba-tiba berpatah balik. Mahu merahsiakan,tapi semuanya percuma apabila melihat tangisan si gadis.
            “Jadi inilah sebabnya?Mengapa mahu dirahsiakan?”
            “Kerana kamu akan menangis,”
           

No comments:

Post a Comment