Friday 11 October 2013

Awak, ya awak!



BAB 3
                Izara membuka mata perlahan-lahan apabila terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Wajah Amiera tejengul di muka pintu.
                “Kau dah tidur ke? Sorry sorry,” kata Amiera apabila melihat Izara yang masih mamai di atas katilnya.
                “Takper. Aku terlelap je. Penat sangat tadi. Pukul berapa ni?” balas Izara sambil menguap. Amiera melihat jam yang berada di pergelangan tangannya setelah menutup pintu. Selajur, dia duduk di sebelah Izara yang sudah pun bangun bersila di atas katil.
                “Pukul 11.30. Eh, tangan kau tu kenapa?” soal Amiera apabila pandangannya jatuh kepada siku Izara yang berplaster.
                “Ohh ni. Aku jatuh tadi masa main basikal kat taman,”
                “Jatuh? Kau pandai tak main basikal ni?”
                “Pandai la! Brek basikal tu tak makan la. Aku terlanggar laki yang berdiri tengah-tengah alam,”
                “Kau langgar laki? Berapa kali aku nak cakap, kalau nak langgar orang, jangan langgar laki. Laki dahla sikit sekarang ni,”
                “Aku langgar dengan basikal je pun! Ehh, kau baru balik kelas ni kan. Ada makanan tak? Lapar..” Izara pasang muka kesian.
                “Tu je lah kau tau. Lapar lapar. Ni, aku ada beli burger kat bawah tadi. Boleh tak?” Amiera mengangkat beg plastic yang dipegangnya sejak tadi.
                “Boleh sangat! Jom lah makan,” Izara melangkah turun dari katil. Dia bersila di atas lantai sementara memerhatikan Amiera meletakkan barang-barangnya di atas meja.
                “Citer la pasal laki tadi. Hensem tak? Macam mana kau boleh langgar dia?” soal Amiera sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di hadapan Izara. Dia menghulurkan burger kepada Izara.
                “Citer dia macam ni, aku tengah main basikal. Aku kayuh macam biasa je pastu aku nampak dia tengah berdiri kat tengah jalan. Aku jerit tapi dia tak dengar. Masa tu dia pakai earphone pastu tunduk tengok fon. Aku brek banyak banyak kali dah, tapi tak makan. Pastu apa lagi, terlanggar la dia. Sakit jugak la badan aku ni. Nasib baik jatuh atas rumput. Kalau tak, tak tahulah,”
                “Hahaha. Lawak la. Macam cerita melayu je. Pastu dia marah tak?” soal Amiera sambil mengunyah burger yang dipegangnya.
                “Tak..Dia tak marah pun. Dia cool je. Lagipun dia tak cedera kot,” Izara mula menggigit burger yang dipegangnya sejak dari tadi.
                “Hensem tak?” Izara mengerutkan dahinya. Dia makan tanpa mempedulikan soalan Amiera.
                “Iz, aku tanya ni, hensem tak?”
                “Amboi, bukan nak tanya aku sakit ke tak. Nak jugak tanya pasal laki tu,”
                “Tanya kau buat apa. Ni dah nampak cukup sifat kat depan aku ni, ok lah. Laki tu kan aku tak kenal, so kena lah bertanya,”
                “Ok la. Boleh tahan. Bulu mata dia lawa!” Izara mula memanjangkan tangannya ke arah bantal. Dia mengambil telefon yang berada di sebelah bantalnya.
                “Setakat bulu mata je bukan jaminan rupa paras dia hensem,” balas Amiera selamba. Izara tidak mempedulikan kata-kata temannya. Dia makan sambil matanya menghadap skrin telefon.
                “Amiiiiiii,” serentak bahu Amiera dipegang.
                “Kenapa pulak?” kebiasaannya Izara akan berkelakuan begitu apabila mendapat membaca news feed facebook ataupun timeline twitter.
                “Ni bukan fon aku lah!”
                “Dah tu fon sape?” Amiera turut menjengah, melihat kea rah skrin telefon.
                “Mana lah aku tahu. Macam mana nak tahu?”
                “Bukak album dia. At least kau tahu ni fon laki ke perempuan,” Jari-jemari Izara berlari lincah di skrin. Sebaik sahaja galeri dibuka, terpampang jelas gambar Rifqi dan kawan-kawannya.
                “Qi. Ni fon dia,”
                “Sape?”
                “Laki yang aku langgar tadi. Mesti telefon aku tercampak masa aku jatuh,” Izara mula teringat yang Rifqi terus bangun mencari telefonnya setelah mereka berdua terlanggar. Rifqi mengambil telefon yang berada berdekatan dengan basikal sementara Izara mengambil Iphone yang tersadai di atas rumput.
                Amiera mengambil telefon tersebut dari tangan Izara sementara gadis itu sedang berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan telefonnnya kembali.
                “Boleh tahan hensem jugak la si, apa nama mamat ni?”
                “Qi..” balas Izara acuh tak acuh.
                “Qi?” soal Amiera lagi tidak berpuas hati. Izara angkat bahu.
                “Macam mana pun aku kena ambik balik fon aku malam ni. Susah takder fon ni. Esok dahla ada discussion, meeting semua. Kalau takder fon, macam mana diorang nak contact aku,”.
                “Kau call la fon kau tu. Cakap kat dia kau nak jumpa dia malam ni,” kata Amiera. Iphone tersebut bertukar tangan. Izara mendail nombor telefonnya di atas skrin. Talian berhubung tetapi tiada jawapan dari pihak sebelah.
                “Tak angkat, takkan dah tidur?” Izara melihat jam di skrin telefon, 20 minit selepas pukul 12. Sekali lagi dia mendail lalu menekapkan telefon di telinga.
                “Hello,” suara serak serak basah kedengaran di hujung talian.
                “Hello, dah tidur ke? Sorry kacau!” Izara mula kalut.
                “Takper, sape ni?” Rifqi berdehem beberapa kali, membetulkan suara.
                “Ni, saya Izara, yang langgar awak kat taman tadi. Ermmm kita tertukar fon lah awak,”
                “Hah? Buat lawak la pulak awak ni. Mana dapat nombor saya ni?”

                “Mana ada! Cuba check wallpaper awak sekarang.”
                “Kejap kejap, saya mamai lagi ni. Sabar eh. Nanti saya call balik kat no ni,” talian dimatikan.
                “Bajet!” marah Izara tiba-tiba.
                “Kenapa pulak?” soal Amiera apabila melihat Izara membega-begakan mukanya.
                “Aku cakap kat dia yang kitorang tertukar fon. Dia boleh cakap aku buat lawak pastu siap tanya mana aku dapat no dia,”
                “Hahaha. Lawak la dia tu. Dia tengah tidur ke apa?”
                “Ha’ah. Dia dah tidur tadi. Penat kot lepas kena langgar dengan basikal tadi. Basikal je pun. Haha,”. Bunyi deringan telefon menghentikan perbualan mereka berdua. Izara perasan bahawa mereka berdua menggunakan ringtone yang sama, Love Somebody daripada Maroon Five.
                “Hello, Izara kan? Fon awak ada dengan saya ni,” Izara menahan gelak. Bunyinya seperti Rifqi baru menghadapi reality.
                “Orang cakap tadi tak nak percaya. Awak kat mana ni? Urrmm nak ambik fon malam ni boleh?” Soal Izara teragak-agak memandangkan waktu sudahpun melewati tengah malam.
                “Sekarang?” Rifqi menguap kecil. Izara menjulingkan mata ke arah Amiera..
                “Sekarang tak boleh la awak…”
                “Kenapa pulak? Kejap je! Saya pergi dengan kawan saya. Lagipun susah kalau takder fon. Esok ada macam macam hal,”
                “Awak ni, nak apa-apa cuba bersabar sikit. Saya sekarang ni ada kat Melaka. Ada kena join program.
                “Pulak. Habis tu macam mana ni??”
                “Macam ni lah. Kalau ada apa-apa mesej,saya forward ke fon saya. Kalau awak nak contact sape-sape, guna je lah fon saya tu,”
                “Tak nak lah! Kalau saya nak contact sape-sape, saya go through awak je lah,”
                “Suka hati awak lah,” balas Rifqi ringkas. Lagipun dia masih mengantuk dan mahu segera menyambung tidur.
                “Fon awak?” soal Izara pula.
                “Ohh fon saya, saya tak kisah sebab nombor tu takder orang tahu. Contact nombor saya ada dalam fon satu lagi,”
                “Mana aci! Saya sorang je lah yang kena ni,” Rifqi mengangkat kening. Hairan dengan kelakuan Izara yang persis keanak-anakan.
                “Pergi lah sambung tidur. Sorry kacau. Terima kasih,” ucap Izara setelah lama Rifqi berdiam.
                “Ehh awak marah ke?”
                “Taklah,” gadis itu tergelak. “Dah kenapa saya nak marah pulak. Haaa ni nak pesan, kalau ada sesape call jangan angkat tau. Mesej je tanya diorang nak apa eh,”
                “Kenapa? Takut pakwe marah eh?”
                “Taklah. Pakwe saya takkan marah sebab dia tak pernah wujud. K bye. Selamat malam,” talian diputuskan. Rifqi terpinga-pinga. Gambar gadis yang tersenyum manis yang disetkan sebagai wallpaper ditenung lama.
                “Izara,” Rifqi menggeleng kepala sambil tersenyum.
               
               

No comments:

Post a Comment