Saturday, 2 June 2012

diet dan boyfriend


Semalam aku balik kampung,rumah datuk aku. Semua orang komen,cakap aku makin gemuk(baca:berisi). Oo Yeah! Seriously aku kena start diet dah sekarang. Aku tak suka gemuk macam ni. Tak kan nak masuk degree dengan badan macam ni? Tidak tidak tidak! Raya ni nak pakai jubah saiz S ok.
               
                Lepas tu,unexpected datuk aku,ya datuk aku tanya:

                “Tin dah ada boyfriend sekarang?”

                Me? Aku tak tahu nak buat muka macam mana. Dahla depan satu family. It’s really an uneasy experience you know. Aku tak Nampak relevannya soalan itu kerana kalau aku nak kahwin pun,dia adalah antara orang terawal yang akan tahu. Mungkin dia tengok umur dan fizikal aku yang dah layak kahwin kot. Muahaha(gelak macam ni,jangan harap la ada orang nak meminang) *eh.

                Dan sejujurnya aku jawab la soalan yang tidak jemu ditanya oleh ibu2 dan bapa2 saudaraku apabila melihat muka aku. Memang typical drama melayu sungguh. Daripada tanya soalan macam tu,ada baiknya bagi aku tips macam mana nak cari boyfriend. LOL.

                “Tak ada,”

                Aku tak tipu ok. Tapi satu hal aku perasan semalam, semua ya SEMUA sepupu aku ada pasangan. Sampai hati diorang biarkan aku sorang2 tak ada boyfriend. Tak nak kawan!*merajuk tepi dinding. Tapi tapi tapi aku pun terfikir. Kenapa aku nak kena ada boyfriend sebab semua orang lain ada? Uhhhh.. Manusia tak ada pendirian! Ok ok. Kita kawan balik.

                Kalau la makcik2 dan pakcik2 rasa nak tahu sangat pasal kisah cinta aku,baca la blog aku! Haha. Ok. Aku tipu. Instead of asking “ Ada boyfriend?”. Why not try tanya:

                “Pernah jatuh cinta tak?”

                “Pernah break up tak?”

                “First love pe cerita skang ni?”
               
                “Ada nak tunggu sape2 tak?”

                Haaa..kalau anda2 sekalian tanya aku soalan macam ni. Mesti anda akan dengar cerita yang anda nak dengar. Aku boleh bercerita satu hari satu malam non stop! Bersedialah dengan pop-corn ok. Haha.  Satu benda yang aku rasa nak tergelak besar semalam bila mak sedara aku cakap:

                “Belajar belajar jugak,try la cari. Kawan2 dulu,”

                Aku nak gelak tapi tak jadi sebab muka dia serius. Kesudahannya aku angguk2 kepala. Mungkin diorang ingat aku zero bab relationship ni. Perlu ke aku khabarkan tentang hati aku ni? I know they just taking care of me. But about relationship,aku suka berkongsi dengan orang yang aku percaya. And kalau aku cerita pun,aku nak bagi some tips supaya orang tu tak akan buat kesalahan yang sama macam yang aku buat dulu.

                Hurmmm..Kesudahannya,semalam aku makan sate+ roti  jala pada jam 10 malam. Spoil rancangan diet aku! Serius nak menangis. Habis bila aku nak dapat boyfriend kalau dah gemuk macam ni?

No comments:

Post a Comment