Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru


Sedang duk melangut layan tv,tetiba bunyi mesej masuk.
Fikah : Eh,ada SMS hari guru yg best2 tak?
Aku : Aku bukan cikgu Fikah. Tak der orang yg nak anta mesej kat aku.
Fikah : Korang sume punye jawapan memang sama la =.=
HAHA. Dah nama pun satu geng,dia punya sarcasm level pun mesti lebih kurang kan? So,aku kat sini nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 kat Malaysia. Tak kiralah aku kenal ke tidak, yang penting ucapan ni ditujukan kepada semua pendidik.*ayat macam menang augerah guru cemerlang..haha*
Aku masih ingat lagi cikgu tadika aku. Nama dia cikgu Azizah. Putih,baik,lembut. Memang budak2 suka la. Aku masuk tadika dua kali. Masa umur 4 tahun dan 6 tahun. Masa umur 4 tahun,mak aku dah ajar ABC, ba bi segala*jangan cantumkan suku kata tersebut ya*. Mak aku semangat membara masa tu sebab aku anak sulung dan umur dia baru 23. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dia dah tak buat system ni dekat adik-adik aku sekarang.
Tapi terima kasih ma! Bila aku dah masuk tadika masa umur 4 tahun,aku dah tau la ABC semua tu. Cuma nombor je aku tak tahu sebab mak aku just ajar bilang dari 1 sampai 10. Mungkin sebab tu kot aku lemat Math sampai sekarang. Kui kui kui. Lepas tu,aku bosan duk kat tadika. Masa umur 5 tahun aku skip then masuk pra sekolah masa umur 6 tahun.
Actually aku nak cakap cikgu tadika aku je,tapi aku dah tertulis pasal pengalaman tadika la pulak. Malas nak tekan backspace,so aku nak sambung lagi.
Masa darjah 6, aku pernah kena rotan dengan cikgu Math sebab salah buat jawapan. Dia rotan bukan guna bahagian panjang tu ye murid-murid,tapi guna bahagian belakang yang bulat bersimpul tu. Aku ingat lagi,lebam sampai biru tapak tangan aku lepas tu. Dalam 2 minggu jugak la baru ok balik. Nasib baik la aku dapat A matematik masa UPSR,kalau tak,aku tak tau la. HAHA.
Pergi ke tingkatan 3,aku kena rotan jugak dengan ustaz bahasa arab sebab lupa menghafal. Tapi bukan aku seorang kena masa tu,satu kelas kena.HEHE. Pedih kejap je tapi sebab kan kena rotan tu la kitorang semua dapat A untuk subjek bahasa arab masa PMR. Lepas tu, ustaz tu ajak satu kelas pergi rumah dia sebab dia buat jamuan. Baik kan dia?kan kan kan?
Tingkatan 5 pulak, aku ingat seorang ustazah ni sebab aku selalu skip extra kelas dia. Kebetulan,malam kelas dia,aku ada tuisyen add math kat luar. So,memandangkan aku lemah math,aku ponteng la kelas malam kat sekolah sebab nak pergi tuisyen. Nama aku dah memang ada dalam list wajib ponteng kelas dia. Asal masuk kelas je,dia mesti tanya,”Mana Arina? Sofea?” HEHE. Akibatnya, aku dapat A je untuk subjek dia yang aku target untuk dapat A+.  Oleh itu murid-murid, keberkatan ni penting dalam belajar.
Itu je kot yang aku nak cerita sempena Hari Guru ni. Apa-apa pun. Terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar aku. Tanpa diorang semua, aku tak akan sampai ke tahap aku sekarang ni. Terima kasih cikgu bukanlah sekadar untuk diucapkan apabila tamat masa sesuatu pelajaran,sebaliknya ucapkanlah dengan ikhlas.
Oh ya Fikah. Aku dah dapat mesej hari guru yang aweseome. Nanti aku forward

No comments:

Post a Comment