Saat aku sedih. Aku ulang lagu-lagu jiwang tahun 90an kat
MP3 berkali-kali. Aku bukak blog orang dan baca kisah mereka. Baru tahu yang
atas dunia ni bukan aku seorang je yang pernah rasa macam ni. Orang lain pun
pernah,malah berkali-kali tapi masih berdiri dan hidup dengan dasar luka yang
tak Nampak.
Ya. Luka ini memang tidak sekali-kali akan kelihatan. Aku
senyum. Aku gelak. Tapi kat dalam? Simpan. Pendam. Sebab aku tak nak orang
risau pasal masalah aku. Sebab ianya adalah permasalahan sama. Yang sudah lapuk
untuk diungkit-ungkit. Kala menerima nasihat,aku angguk,cuba jadi kuat.
Bila sepi menerjah, kala sunyi bersendirian di kamar. Sedih
itu datang. Memori itu bermain di layar. Seolah-olah mempersendakan.
Seakan-akan menyindir. Orang kata,yang dah lepas,biarlah berlalu. Tapi,yang dah
lepas paling sukar untuk berlalu kerana itu adalah perkara yang aku paling
inginkan. Sekurang-kurangnya,sehingga hari ini.
Kerana aku tidak pernah tahu percaturan masa hadapan. Sebab
itulah aku sentiasa hidup berlandaskan kenangan. Meniti hari-hari yang panjang
dengan menaruh harapan. Tidak salah bukan untuk berimpian?
No comments:
Post a Comment